View Single Post
  #2 (permalink)  
Old 06-06-2007, 10:51 PM
AmirulFaisyal AmirulFaisyal is offline
WC300
 
Join Date: May 2006
Location: SisPlex, Malaysia
Posts: 430
AmirulFaisyal is an unknown quantity at this point
iTrader: (6)
Default sambungan...

Langkah 6.

Menentukan cara anda menerima bayaran.

Beberapa contoh cara menerima bayaran:

Malaysia : 1. Online banking- Maybank2u, CimbClicks, dll.
2. Wang pos/money order/cek
3. ATM
4. Kad debit/kredit

Antarabangsa: 1. PayPal
2. 2CO - Kad kredit/kad debit
3. Wire Transfer


Thread yang membantu:

Bagaimana memohon kad debit:
*Cek semula Prerequisite

Cara nk clearkan cek google:
Cara nk clearkan cek google

Bagaimana membina borang pesanan:
*Boleh rujuk semula Langkah 3

Memahami 2CheckOut:
2CHECKOUT PROBLEMO

Sumber:

www.PayPal.com
www.2CheckOut.com
www.Maybank2u.com.my
www.CimbClicks.com.my

Langkah 7.

Mula menjual dan melakukan promosi.

Contoh pemasaran:

1. Pemasaran melalui forum - Jangan SPAM udah le..
2. Pengiklanan melalui banner.
3. Joint Venture
4. Pay Per Click
5. Pemasaran viral
6. Pemasaran affiliate

Tips:

1. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk anda memasarkan produk anda.

Contoh salah: Mempromosi produk kesihatan di forum pelaburan saham. Ada peluang untuk terjual but it's not worth your effort.

2. Kenal pasti teknik pemasaran mana yang paling memberikan hasil, tumpukan usaha anda kepada teknik tersebut. Sebagai contoh, ika pemasaran melalui Pay Per Click mendatangkan hasil yang lebih dari teknik pemasaran yang lain, lebihkan fokus anda kepada teknikPPC.

Thread yang membantu:

Tip, Teknik dan Panduan Pengiklanan
Tip, Teknik dan Panduan Pengiklanan

Kaedah Pengiklanan/Pemasaran
Kaedah Pengiklanan/Pemasaran

Teknik Pemasaran Menggunakan Email
Teknik Pemasaran Menggunakan Email

Macam mana nak promote web site
MACAM MANA NAK PROMOTE WEB SITE

Teknik pemasaran paling berkesan
teknik pemasaran paling berkesan


Langkah Terakhir

“Wash, rinse, and repeat”

Ok, setelah melakukan langkah-langkah yang ditunjukkan diatas, produk yang anda jual tak laku dan tak dapat sambutan yang menggalakkan, kenapa?

1. Tiada Unique Selling Point (@ Proposition), USP. Prospek tak nampak sebab apa mereka PATUT beli produk anda daripada membeli produk pesaing anda.

2. Kaedah pemasaran yang salah (cek semula tips di langkah 7)

3. Produk yang hampir seakan-akan produk anda boleh didapati secara percuma melalui enjin carian (biasanya produk digital). Pendek kata tiada keunikan dalam produk anda. (Rujuk #1)

Sekiranya produk anda mendapatkan sambutan yang menggalakkan, kini anda telah berjaya membina satu sistem dalam perniagaan internet anda. Tugas anda sekarang adalah melakukan duplikasi terhadap sistem tersebut untuk perniagaan internet anda yang seterusnya.

Anda juga boleh pilih samada untuk mencari pasaran tertumpu lain, menduplikasi sistem anda ke dalam pasaran tertumpu yang terbaru, atau hanya fokus pada pasaran sedia ada anda dengan pelbagai lagi produk-produk terbaru.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi langkah yang anda perlu lakukan namun 7 langkah di atas hanyalah langkah asas dalam membina perniagaan internet. Ada upselling, backend selling, kajian demographic, crossover niche, dan sebagainya. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan menambah langkah yang seterusnya.

Contoh model perniagaan internet lain yang telah dibincangkan disini:

1. E-commerce dropshipping.

eCommerce:: Drop Shipping Konsep
eCommerce:: Drop Shipping Konsep.

2. Umum (Mesti Baca!)

Kelas Perniagaan Internet Bersama SaifulSham
Kelas Perniagaan Internet Bersama SaifulSham

3. Jual beli nama domain

Jual Domain
Jual Domain

4. Perniagaan servis hosting

Cara memulakan perniagaan hosting
Cara memulakan perniagaan hosting

5. Perniagaan Servis Ebook Cover Design

Ebook Cover Business
Ebook Cover Business

6. Perniagaan Internet model Ebay

Camna nak mulakan bisness di ebay ?
Camna nak mulakan bisness di ebay ?

Akhir kata, take action, panduan ini tiada gunanya jika anda hanya baca dan tinggalkan. Ambil tindakan dari sekarang, insyaAllah rezeki Allah akan tiba untuk anda suatu hari nanti.

“Do or do not; there is no try”
-Yoda (The Empire Strikes Back)

Untuk manfaat bersama,
Amirul Faisyal

p.s: Sebarang komen, penambahbaikan amat dialu-alukan.

p.s.s : Untuk anda yang nak versi PDF, anda boleh download melalui link dibawah. Percuma dan anda tak perlu bayar apa-apa.

http://www.sistemrahsia.com/Perniaga...etLIVEDiWC.pdf

("Right Click dan "Save As")
__________________
Follow Me At Twitter : http://twitter.com/sistemrahsia

Last edited by AmirulFaisyal; 06-06-2007 at 10:56 PM..


Reply With Quote