View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 05-17-2007, 12:12 PM
cikgureza1's Avatar
cikgureza1 cikgureza1 is offline
Senior Member
 
Join Date: Apr 2007
Location: Ipoh,Perak
Posts: 214
cikgureza1 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to cikgureza1
iTrader: (0)
Default Vespa Owners Rides 2007: Trip To Nowhere

ADA BRAN KE?

salam..

aku sebenornya pernah pakey vespa semasa aku dekat college dulu, dan dekat 3 tahun aku pakai vespa..

masa Perak lwn Negri Sembilan on Final kat Stadium Selanor ada satu tahun tu pun aku pergi, ngan konvoy gang aku, iaitu "The Vesparados of Ipoh" (vesparados selain dari yg Ipoh punya adalah posers dan wannabe je..) dan kami gerak dari Ipoh..

kira itule joyrides dan konvoy paling jauh pernah aku pergi dgn vespa aku..

TAPI, bila melangkah ke alam habis belajar, aku mula di bayangi image 'mat kereta', hingga aku melupakan Vespa aku, dan jugak terus biar reput..

Dan, The Vesparados punya 'papa' (Leader kitorang), sendiri pun lepas2 tu pergi memana naik beemer bapak dia. Yg paling hampesh nya sekali, nak pergi Jambori/competition vespa pun dia naik keter!!

apatah lagi ngan semua anak2 buah dia.. dah papa mcm tu, anak pun gitulah.. semua mula malas nak bawak. Di tambah pulak dgn vespa ni, luck nak dapat awek memang kureeng skit.. dan takde pun awek yg berkenan.. hahahaha

so, vespa semakin di lupakan, dan semenjak The Vesparados tenggelam, aku memang segan dah nak bawak vespa ni, since ramai budak2 batch baru/poser/wannabe yg bawak dan diorang cuba nak jadi somebody ngan vespa diorang....

jgn salah sangka, kitorang bukanlah skinhead ke, mods ke, tapi kitorang ni pure Vespa enthusiast. Jadi, vepsa kitorang memang in standard format BUT with a lot of BLING-BLINGs!...

TApi ,bukanlah sebab tu aku bukak thread ni..

sebaliknya, aku bukak ni, memandangkan aku dah tengok citer Wild Hogs dan HOGS merupakan acronym bagi Harley's Owners Group.
Jadi pada yg dah tgk citer tu, mesti paham kan amsksud aku..

iaitu, plan untuk buat satu joyride, menuju ke entah kemana, selama satu time frames, and lets say dlm 1 minggu ke.. asalkan dlm Me'sia..

Dan dlm joyrides tu, apa nak jadi, jadi le..

Dan syarat utama, adalah ------> mesti naik VESPA!

tak kira korang nak naik sorang ke, berdua ke, pakai side car ke apa ke.. asalkan naik vespa..

takat rosak tgh jln tu, jgn risau, insyallah, aku sendiri buleh repair, asalkan barang2 cukup.. bukan takat repair, overhaul engine pun aku memang boleh...

so, adakah sesapa yg bran menyahut cabaran aku ni? dan kalau takde jugak, maka, aku pergi je le joyride ni sengsorang..apa nak buat..

aku harap ada le sesapa yg boleh ikut aku dekat joyride ni.. yg mana takleh pergi tu, kalau nampak aku lalu depan umah korang ke, memana ke, hulur le air mineral ke, karipap sadin ke, apa ke..tau..

__________________
http://www.edarjah.com

http://www.e-jodoh.com <--- "belum kawin lagi..?"

http://cikgureza.bizzmy.com



Reply With Quote