View Single Post
  #31 (permalink)  
Old 05-13-2007, 10:18 PM
kuyahje kuyahje is offline
New Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 9
kuyahje is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Seronok baca perbincangan sahabat-sahabat semua. Cuma sebagai ahli wangcyber yang pernah menggunakan beberapa cms, terpanggil untuk memberikan pandangan.

Saya pernah dan masih menggunakan Php-Nuke. Mudah dan menarik, tapi dah lebih 3 kali menjadi sasaran hackers. Security? Itulah masalahnya. Memang tension. Sewaktu saya menaip posting ni, masalah serangan hackers pagi tadi masih belum dapat diatasi. Dah ambil beberapa langkah keselamatan yang dicadangkan oleh Nukers, tapi...

Wordpress, memang menarik, mudah dan SEO friendly. Adik saya menggunakannya di www.akmalhakimi.com dan sahabat saya menggunakannya di www.saifulislam.com. Terfikir nak guna untuk laman peribadi, tapi saya seorang guru dan nak gunakan laman peribadi sebagai portal antara saya dan pelajar, Php-Nuke tidak mengecewakan saya dengan segala module yang disediakan. Saya pernah juga cuba menggunakan Wordpress untuk laman web Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah, tapi terasa agak mencabar untuk menghasilkan laman web yang kelihatan formal, sesuai dengan pendidikan. Sebenarnya, itu bukan kelemahan Wordpress, tapi kelemahan saya yang tak pandai dan belum mahir dengan Wordpress.

Joomla? Saya pernah mencuba Mambo pada awal 2006, terasa Mambo sangat complicated. Tapi bila diminta membangunkan laman web Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia, saya memilih Jomla. Complicated? Tidak. Bila saya perlu siapkan tugas dalam masa yang singkat, tiba-tiba sahaja terasa Joomla sangat mudah dan lebih sesuai untuk laman web formal tertama dari segi design dan security.

Kesimpulan:
1. Kesesuaian setiap cms bergantung kepada keperluan.
2. Complicated atau tidak, bergantung kepada kemahiran.


Reply With Quote