View Single Post
  #11 (permalink)  
Old 05-13-2007, 05:14 PM
Shahrul Shahrul is offline
Pioneer Member
 
Join Date: Mar 2006
Posts: 753
Shahrul is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Angry

Quote:
Originally Posted by myguide07 View Post
Terima kasih kerana menawarkan bantuan. Saya faham memang apa saja bantuan mengharapkan pulangan & ganjaran. Memang saya mengharapkan bantuan utk memilih lokasi tapi saya tidak mencari pelanggan. Saya ingin membantu kepada mereka yg memerlukan bantuan memperbaiki skill & mencari sumber pendapatan tambahan memperbaiki kos kerugian yg dialami.

Memang sewajarnya saya memberi komisyen atau wang saguhati kepada mereka yg mengajak org lain menyertai kelas pembelajaran saya. Namun begitu saya mohon maaf kerana tidak boleh melakukannya kerana akan melanggar beberapa etika dlm perjuangan saya.

Kelas pembelajaran saya tidak boleh dijadikan sumber pendapatan kepada org lain. Ini kerana saya menanggung kos yg jauh lebih tinggi berbanding org lain. Sekiranya ada individu yg tidak berjaya dlm trading & mengalami kerugian, saya akan memulangkan semula wang RM500.00 tersebut. Ini bermakna individu tersebut belajar percuma sahaja. Mahukah anda semua memulangkan wang komisyen tersebut jika berlaku kegagalan? Sudah tentu tidak bukan?? Cuba fikir sapa pula yg menanggung kos-kos saya.

Ada banyak pihak yg menjalankan kelas seperti ini tapi ada diantaranya hanya belajar semata-mata sedangkan skillnya entah kemana-mana. sebab itulah ramai yg rugi. Mereka cuma mengambil kesempatan menjadikan kelas sebagai punca pendapatan. Seperti juga kebanyakkan e-book di pasaran. Bukannya kejayaan formula e-book itu diutamakan tapi kejayaan e-book itu dijual dipasaran.

Saya mahu semua yg berminat memberi tumpuan penuh terhadap trading. Berhenti memikirkan peluang-peluang lain yg ada kerana anda akan hilang fokus. Jika anda semua melakukannya bersama-sama tanpa mengambil untung dari orang lain tapi hanya melalui broker, Insya Allah anda boleh berjaya. Ramai yg gagal kerana tidak memahami teknik sebenar trading dan asyik terkejar-kejar dgn pelbagai aktiviti lain diluar sana. Semua mengharapkan jln pintas utk mendapat kekayaan segera. Akibatnya tak tahu yg mana betul & tidak.

Tidak mungkin semua yg belajar dgn saya tetap akan berjaya. Kegagalan tetap akan berlaku kerana terdapat jutaan rintangan & alasan yg akan muncul. Apa yg saya mahu ialah kebijaksanaan kita mengatasinya. Org yg berjaya itu datangnya dari org yg byk menempuh kegagalan. Tidak ada jln pintas utuk berjaya. Perlu ada kesungguhan yg jitu, telinga & kepala mesti boleh jadi bebal menahan kutukan dan penghinaan. Hati mesti kuat menahan kesabaran & emosi. Belajar memahami persekitaran utk kawalan minda & emosi. Belajar menerima kerugian dlm senyuman. Barulah anda semua boleh mengorak langkah ke arah kejayaan. Satu perkara yg paling menakutkan saya sehingga kini ialah bila kita meraikan kejayaan. Saya tidak boleh melakukannya. Bila mendpt untung sebanyak mana pun, saya terpaksa mendiamkan diri dan seolah-olah tiada apa yg berlaku. Tidak boleh bersuka ria, tidak boleh mewah membelanjakannya, tidak boleh ketawa besar, tidak boleh cakap besar atau takbur kerana, jika terlepas ckp saja pun nescaya minggu berikutnya kejayaan itu akan diganti dgn kerugian yg lebih dahsyat.

Saya memang mengharapkan perkara ini dihebahkan kepada rakan-rakan anda yg memerlukan tapi ingat, BUMIPUTRA SAHAJA. Jgn mengharapkn sebarang komisyen dari saya kerana ada yg akan menyamakannya dgn kelas-kelas yg lain. Cuma mungkin kelas-kelas yg lain tidak sanggup memulangkan bayaran sekiranya anda gagal. Saya akan cuba memberi pendidikan maksimum dlm memahami trading. Tidak ada lagi pendidikan tahap beginner, advance atau expert. Anda boleh memasuki pasaran dgn modal sekecil atau sebesar mana yg anda mampu. Saya tidak akan menerima 1 sen pun dari keuntungan yg anda dpt kerana itu adalah hasil usaha anda sendiri. Saya cuma memberi panduan, anda lakukan sendiri. Jika anda dapat maka 100% adalah hak anda.
Saya tidak mahukan apa-apa.

Seperkara lagi yg saya nak sebut ialah ISU HALAL & HARAM. Jgnlah tanya perkara ni kepada saya sebab bukan kepakaran saya. Memang jika ada unsur-unsur riba maka cenderunglah ia ke arah haram tapi ingat, Islam itu ada kelonggarannya. Kalau nak tahu tanyalah alim ulamak yg bertauliah sebab mereka merujuk kepada seluruh dunia. Ada sesetengah alim-ulamak akan mengeluarkan fatwa tertentu tapi bila di ulas alim-ulamak yg alik bercanggah pulak. Maaf... Saya tak boleh nak menjawab isu ini. Bagi saya apa saja yg wujud di dunia ini ada sebab tertentu. Benda yg halal tp di salahuna maka boleh jadi haram. Benda yg haram tapi betul penggunaannya maka ia boleh jadi "Harus".

Saya tak mahu fikir itu semua. Yg pasti, kalau asyik memikirkan isu halal & haram, tak kan kemana jadinya. Biarlah ramai yg bertelingkah dgn isu ini. Yg pasti saya tetap nak tegakkan rumah usang yg nak roboh, jambatan yg tinggal basikal je boleh lalu. Warga-warga tua yg tak terbela, pesakit-pesakit kronik yg memerlukan pembedahan segera. Kat mana nak cari duit sebanyak itu bila masa terlalu singkat. Bila tanya pihak yg bertelingkah ni. Berdoa byk2. Semoga diberikanNYA jalan. Apa yg kita nak buat lagi? Kutip derma, mintak sedekah??? Inilah perjuangan saya selama ini. Yg pasti saya tak tipu org lain, saya tak makan atau ambil keuntungan atau komisyen dari org lain. Saya tak mencuri, saya tak mohon sumbangan, saya tak minta derma...... SAYA TIDAK MINTAK SEDEKAHH!!!!

Perlu saya ingatkan di sini. Gaji yg kita dapat pun kalau nak dipertikai pun byk yg haram. Cuba fikir, halal ke gaji kita kalau time kerja kita byk bercakap, baca suratkhabar, sembang dlm telefon, tidur kat surau. Lari pergi kantin atau mana-mana tempat ada TV nak tengok "Bwg Merah Bwg Putih". Halal ke gaji kita kalau hari tu kita malas nak kerja lalu pergi ambil "M.C". Halal ke gaji kita kalau time kerja tu kita hilang sekejap sebab nak pergi repair kereta atau pergi shopping.

Kalau kita nak berjuang, berjuanglah betul-betul. Tunjukkan kekuatan yg rasional. Byk cakap tapi tak kemana pun. Kutuk Amerika sbb serang Iraq. Pergi la mogok depan kedutaan Amerika tu berjam-jam lepas tu time tengahari dah lapar pergi makan pulak kat KFC @ Mc D. Apa raaa....

Ok. Itu saja. Selamat berjaya.

suka aku tengok ayat kau tu, ada logiknya.... sekarang amat senang mengharamkan sesuatu padahal yang terletak depan mata tak pula kita perasan haram ke tidak.... memang betul jika dilihat terlalu banyak benda diharamkan dan menyekat kebebasan yang baru ingin dimulakan...... kadang2 hati membnerontak tidak setuju tetapi apabila ingat pada tuhan terasa takut akan azabnya... entah betul tidak sesuatu itu haram hanya kepastian tu diakhirat tersebut...... dan yang pasti, kalau diteliti balik hidup nie sangat mudah buat dosa dari buat pahala.... harap ada kelonggaran.... entahlah....

pstt: Terhalang untuk memajukan diri yang serba kurang memang sesuatu yang perit


Reply With Quote