Quote:
Originally Posted by admiralz
Emmm masing-masing mempunyai pendapat tersendiri... apa kata kita dapatkan komen mereka yang lebih ahli seperti Ustaz Rahman, Code7 ataupun Ibnu Hashim sendiri....
Mana lagi komen-komen yang bernas..
|
Salam Admiralz,
Saya sebenarnya bukan ahli dalam bidang agama. Malah saya tidak pernah pun berlajar agama secara fomal. Kat USM dulu pun saya mengambil jurusan Kimia Analisis. Tetapi saya sering juga menghadiri kuliah-kuliah agama kat U dulu terutamanya jika penceramahnya atau guru yang mengajarnya,ialah Ustaz Asri atau Dr Daniel Zainal Abidin dan ramai lagi lah. Jadi saya belajar agama secara tak formal tetapi bagi saya pelajaran agama adalah yang paling penting.
Untuk menjawab persoalan mengenaii pendekan dalam menulis Assalamualaikum, yang saya tahu dan pasti hanyalah 'salam' yang dibenarkan, yang lain tu yang tak tahu lah pula sama ada boleh atau tidak.
Walaupun kebanyakan orang selalu berkata, tulis macam mana pun tak apa yang penting niat kita. Bagi saya pendapat ini salah kerana apa yang kita lakukan/tulis mencermin niat kita.
Perkataan Assalamualaikum merupakan bahasa arab. Jadi bila kita menulis kita wajiblah menulis perkataan tersebut dengan penuh ataupun yang semaksud denganya. Jika kita menulis yang lain mungkin akan membawa maksud yang lain dan apa yang kita takuti adalah maksud perkataan yang kita tulis itu lari atau berlawan dengan apa yang kita inginkan.
Mengenai penulisan AKUM, bagi singkatan kepada Assalamualaikum, saya tidak pasti sama ada apa yang pernah saya jumpa ini benar atau tidak sebab saya tidak faham atau saya juga tidak pernah belajar bahasa Ibrani yang digunakan oleh orang yahudi.
Ada sumber mengatakan bahawa perkataan AKUM adalah gelaran yang diberi oleh orang yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ‘ BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT’..
Wa allah hu a’lam..
Jadi untuk mengelakan kita daripada tersalah maksud memberi salam adalah baiknya kiat menulis
Assalamualaikum atau
salam sahaja.
Wassalam...