Thread: Adab Berforum
View Single Post
  #34 (permalink)  
Old 04-23-2007, 01:35 PM
tokei tokei is offline
WC300
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 171
tokei is on a distinguished road
iTrader: (6)
Default

Admiralz ada pointnya. Tetapi seeloknya, lebih afdal, lebih baik, maka setiap orang harusla gunakanlah perkataan yang lebih penuh "Assalamualaikum" atau "salam" kalau dah malas sangat.

Memang "akum", "as'kum", "a'kum" dan seanteronya menggambarkan pendekan daripada "Assalamualaikum"... dan niat si penulis sememangnya untuk memberi salam... Tetapi saya rasa macam tak berapa bagus dan relevan..Saya dahulu juga pernah memberi perkataan sebegitu "a'kum". tetapi akhirnya saya bertukar memberi salam penuh atau "salam" sahaja kerana saya terfikir, mengapa malas sangat nak tulis "assalamualaikum" dan juga kenapa "a'kum?

Saya yakin, serta pasti, 90% pembaca akan merentakkan apa yang dtulis. Maksud saya, "akum"... akan direntakkan bunyi A.K.U.M dan bukannya Assalamualaikum. .. Malah sering juga kita lihat ada yang letak "semekom". Jadi, saya rasa di sini pun dah tidak ada nilai / maksudnya yang tepat. orang akan membacanya dan membunyikan S.E.M.E.K.O.M. dan bukan yang sepatutnya iaitu "Assalamualaikum"

So, sebagai umat islam, saya rasa seelokknya kita menjaga cara pertuturan kita sama ada dari segi penulisan(email, SMS, forum dsb) mahupun percakapan. Jika semua di short form kan dan disebabkan short form tu ia membawa maksud lain, maka rosaklah kita. Kalau malas sangat2, mungkin boleh guna "salam" sebagai pengganti kerana "salam" melihatkan word yang lebih baik dan sopan.

Seperti saudara badrul cakap, perkataan akum mungkin juga mempunyai maksud tertentu dan saya juga pernah terbacanya tetapi dah lupa di mana.

So, kita takut jika nanti ada pembaca yang membunyikan "akum" tu A.K.U.M. dan lebih malang lagi jika akum tu mempunyai maksud yang tidak sepatutnya dan membawa kepada keburukan.

Maka seeloknya, gunakanlah perkataan penuh "Assalamualaikum" atau "Salam" untuk pendekan yang lebih baik.

Just bagi pendapat ya. Ini ditujukan khas untuk umat Islam. Semoga agama kita ini akan terjaga kesuciannya.

;-)

Last edited by tokei; 04-23-2007 at 01:45 PM..