Thread: Adab Berforum
View Single Post
  #30 (permalink)  
Old 04-23-2007, 09:30 AM
admiralz's Avatar
admiralz admiralz is offline
Senior Member
 
Join Date: Jun 2006
Location: Damansara Heights
Posts: 244
admiralz is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to admiralz
iTrader: (0)
Default Salam...

Saudara Badruzamani,

Terima kasih di atas jawapan anda.

Baiklah...oleh kerana mungkin ada orang terkeliru, saya akan mengemukakan hujah yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan saya. Saya tiada sesiapa yang saya boleh jadikan rujukan... Sebabnya ini adalah pendapat saya semata-mata dan bukannya FATWA!. Saya bukanlah orang yang mahir dalam agama.. dan sesiapa sahaja berhak menolak kenyataan saya ini jika tidak bersetuju.

Mengenai short form(ringkas). Sebenarnya tiada beza pun ruangan luas atau sempit. Kita tidak mengetahui keterbatasan si penulis. Mungkin dia tidak mempunyai masa yang mengcukupi... Sy rasa penulis berhak utk menulis pendek atau dlm short form... mana ada ayat Al-Quran atau Hadis yang larang tulis pendek?. Forum ini juga tidak melarang anda berkarya dengan short form..janji mesej yang hendak disampaikan boleh difahami orang yang membaca. Mengenai kewajipan menjawab salam yang ditulis pendek... Anda wajib menjawabnya sekiranya anda faham bahawa yang ditulis itu adalah salam. Hujahnya telah saya perjelaskan sebelum ini. Kita tidak boleh buruk sangka terhadap si penulis jika dia menulis pendek ejaan salam..tetapi salahkanlah diri kita yang tidak pandai mengenal dan menyebutnya salam itu dengan betul dan baik...iaitu menyebutnya dengan mengikut nahu.. tajwid dan makhrab bahasa arab. Harus diingat disini... penulis sebenarnya tidak wajib memberi salam. Salam kalau ikut sunnah ialah semasa kita berjumpa saudara seIslam dengan kita secara bersemuka...bukannya dalam kertas atau di alam maya sebegini!. Cukupkah hujah saya ini?.

Sesiapa yang menulis salam dengan menggunakan "Abjad" selain abjad arab sebagaimana digunakan oleh Nabi dan para sahabat. Maka mereka juga sebenarnya tidak mengikut sunnah!. Mereka juga sebenarnya sedang menggunakan simbol lain selain yang sebenarnya!. Saya kuwatir boleh jadi bidaah pula... errkk panjang lebar nih!.

Seterusnya dikaitkan pula dengan bahasa yahudi... saya rasa hujah ini boleh ditolak dengan mudah sahaja. Saya orang melayu..saya guna bahasa melayu...tak kanlah orang yang baca faham dalam bahasa yahudi... kacaulah macam tuh... lainlah kalau saya tulis dalam bahasa yahudi..

Mengenai Nabi tidak menjawab salam tuh kena tengok riwayat penuh kisah tuh.. saya setuju jer jika memang ada riwayatnya.
__________________
Gamat? Pasti Gamat eMas!
http://www.gamatemas.com.my