Actually, term merupakan salah satu masalah di dunia Internet ni terutama dalam perniagaan Internet. Saya nak explain kat sini pun, tak sempat nak taip banyak2. Cuma, seperti kata Amirul, kita kena faham term yg sebenar. Mungkin yg kata Adsense (contoh) adalah perniagaan Internet, tapi dalam fikiran mereka, mereka faham yg itu adalah program buat duit. Adsense juga tergolong dalam program affiliate sebenarnya.
Seperti kata reezluv, itulah konsep bisnes sebenar yg sebenar benarnya.

Ada produk atau servis. Produk dan servis ni pula, ada banyak cara nak pasarkannya. Ebay, forum atau guna laman web. Kalau adsense, chitika, reviewme dan lain2 tu, ia adalah program buat duit atau lebih sedap dipanggil program pengiklanan.
Tapi kan, siapa boleh jawab perbezaan term2 ni:
PERNIAGAAN INTERNET
KEUSAHAWANAN INTERNET
PENJUAL/PENIAGA
USAHAWAN
Internet Business
Internet Marketing
Adakah yang menjual apa-apa saja produk spt produk resell rights itu adalah usahawan Internet? Atau mereka HANYA penjual/peniaga Internet?
Rasanya, kita perlu balik kepada basic. Buka buku yg mana ada pasal bisnes dan tengok apa beza PERNIAGAAN dan KEUSAHAWANAN. Ia berbeza sebenarnya. Kat sekolah saya rasa kita dah belajar perbezaan kedua ini. Peniaga adalah ______________. Usahawan pula adalah ______________.
Actually, saya ada tulis satu report 1 tahun yg lepas mengenai kedua term ini. Tapi saya tak sebarkan lagi.

Saper nak, angkat tangan. Nanti saya bagi.
Saya pernah bertanya di satu forum luar, apa beza
Internet Marketers dengan
Internet Entrepreneurs? Mcm2 jawapan ada. Saper boleh jawab soalan yg ni? Bagi saya, ia sama TAPI dalam keadaan yg lain, ia ada perbezaan. Bergantung kepada keadaan...
Saya ada nyatakan mengenai bezanya buat duit di Internet dan Buat Bisnes di Internet di satu topik bertajuk "Kelas Perniagaan Internet bersama Saifulsham" di forum ni. Saya juga banyak kali menulis di blog saya akan hal ini.
Saya setuju dengan Amirul, kalau istilah2 sebegini disalah-fahami, saya juga bimbang, mereka akan claim bahawa mereka adalah usahawan Internet. Rasanya, kita masih banyak tertinggal perkara2 asas (TAPAK) yg penting gara2 begitu ghairahnya kita nak buat perniagaan Internet ni. Saya sering tekankan di blog saya dan di forum ni, utamakan asas. Faham betul2. Tapi tak tahulah berapa ramai yg nak ambil kisah pasal benda2 asas ni. Janji buat duit kan?
Oklah, tak dapat taip banyak2. Maybe nex time saya tambah lagi apa yg patut. Pokok pangkal di sini, sama2 kita bincang dan sumbang pendapat akan hal ini. Saya ada satu lg pendapat utk term perniagaan Internet bagi prog affiliate dan juga adsense. Tapi nantilah.
PS. Sebelum saya membuka forum ni tadi, saya pun ada berfikir pasal terms ni. Kuat juga aura saya yer. Rupanya ada orang buka topik pasal ni kat sini.
PPS. Kalau silap term2 asas yg saya soalkan tu tak apa lagi. Tapi yg buat saya bengang adalah geng2 SCK tu.
"Program Pembentukan Usahawan Internet". Tapi, labur beberapa lot dan cari orang. Bukan jual barang. Binary system, piramid... Hampeh... Sorry la, saya bab ni cepat panas sikit. Sebab term tu jelas disalah-guna utk menipu ummat manusia!