Admiralz,
Perkara bagi salam dengan perkataan 'akum' atau seangkatan dengannya ( dengan short form) ni pernah di utarakan dalam blog Ibnu Hassim. Ia juga pernah di bincangkan di kalangan para ulama' dan mufti.
Kalau dalam HP, tidak cukup ruang, anda boleh tulis 'salam' sahaja misalnya. Tetapi kalau, di ruang forum ni (ruang yang luas), tak kan tulis 'akum', 'semekom' dan sebagainya. Kalau orang macam ni, mai jumpa saya, bagi salam 'akum', 'semekom' 'asmkm' dan sebagainya, saya tidak jawab. Sebab kata ulama', tidak wajib jawab.
Budaya bagi salam, 'Assalamualaikum' yang bermaksud 'Selamat Sejahtera ke atas kamu' dan WAJIB dijawab yang mendengar 'Waalaikummussalam'. Kalau nak lagi baik, lebihkan sikit dari yang bagi salam. Ia mempunyai adab yang tersendiri.
'akum' ni dengar khabarnya mempunyai maksud dalam bahasa Yahudi. Ibnu Hassim, tolong jelas sat

apa maksud 'akum' ni.

. Saya juga pernah dengar kisah di zaman Rasullullah S.A.W pasal bagi seorang bagi salam kat nabi tapi nabi tak jawab salam tu sebab tidak kena dengan adab memberi dan menjawab salam. Wallahualam...