Salam sejahtera warga WC,
Lama tak jenguk WC dan buat post. Hari ini sempat jugak nak singgah sat.
Hari ni nak luah sikit apa yang terbuku lama dah dalam hati ni.
Ok, semenjak dua menjak ni saya nampak semakin ramai mereka-mereka yang telah menyalahgunakan terms Perniagaan Internet dan Buat Duit Di Internet.
Baru sebentar tadi saya terperasan satu iklan, bunyi lebih kurang macam ni:
"Mulakan Perniagaan Internet Anda Sekarang Dengan Google Adsense!"
Apa ni?
Google Adsense perniagaan internet ke?
Ini yang saya sedikit terkilan. Sedihnya semakin ramai yang tidak tahu membezakan perniagaan internet yang sebenar dengan program buat duit.
Please...kepada sesiapa yang berkenaan (yang menjual produk informasi yang berkaitan perniagaan internet atau program buat duit dari internet, samaada seminar, ebook dll) tolong guna terms yang betul.
Kesian pada mereka yang baru nak mula kenal dengan dunia internet biz ni...sampaikan saya pernah terjumpa satu claim, bunyinya lebih kurang macam ni:
"Saya dah 2, 3 bulan start bisnes internet ni...kalau nak tahu jengokla blog saya di www.BuatDuit.com"
...dan website tu pointing ke blog, ada tunjuk dia dapat duit dari program Forex!
Pity to him.
Saya risau rakyat Malaysia nanti dah tak boleh nak beza antara perniagaan internet yang SEBENAR dan program buat duit internet.
Paling bahaya, bila diorang nanti jadi mangsa scam program-program buat duit, kita yang buat bisnes di internet ni kena tempias sekali.
Ini yang terjadi sekarang, bila ada program-program MLM yang guna nama dr. Irfan, semata-mata nak yakinkan prospek untuk join program MLM dia.
Padahal dr. sendiri pernah cakap, dia tak pernah terlibat dengan mana-mana skim2 tersebut, dia pun pernah cakap bisnes di internet takde beza dengan bisnes offline, perlu usaha dan kerja keras.
Apa yang saya luah ni sebenar sebab saya risau nanti satu mindset baru ditanam dalam minda orang Malaysia yang baru nak kenal dunia bisnes internet ni.
Bila dia dah anggap program-program buat duit di internet tu adalah perniagaan internet, satu hari nanti mindset mereka akan jadi macam ni:
"Samad, kalau ko nak kaya, pi buat bisnes internetla, nanti ko boleh jadi jutawan macam dr. Irfan. Aku pun dah ada bisnes internet sendiri, kalau ko nak start bisnes internet ko sendiri, daftar kat laman web ni,
www.Google.com/Adsense
www.Clickbank.com
www.PayDotCom.com
Paling sedih, nanti sampai satu masa, pelaburan internet (tak kira yang halal atau haram) pun dikatakan perniagaan internet!
Kesian kan?
Jadi, kepada yang berkenaan,
1. Yang menjual produk informasi berkaitan program buat duit di internet tetapi menggunakan perniagaan internet sebagai istilah utama dalam surat jualan mereka,
2. Mereka yang menulis di blog, dan menulis perihal keuntungan "perniagan internet" mereka apabila menerima cek dari Google Adsense atau cek affiliate,
3. Atau mereka yang join forum-forum selain WangCyber dan berkonsgsi kisah kejayaan mereka dalam "perniagaan internet" sama seperti kisah no. 2 diatas,
...sila ubah penggunaan terms perniagaan internet yang anda guna kepada program buat duit di internet. Kalau nak lebih baik, guna program pengiklanan di internet. Ini bukan sahaja untuk Adsense, tapi program-program buat duit yang lain seperti affiliate, dsb.
Demi nasib usahawan-usahawan internet seMalaya dan newbie yang baru mengenali dunia perniagaan internet.
*Nota: Laman web SistemRahsia menggunakan dua-dua terms perniagaan internet dan buat duit di internet. Itu untuk
SEO. Apa yang penting disini, pastikan anda tak mengelirukan mereka yang baru mengenali perniagaan internet ni dengan menyalahgunakan terms tersebut.
Sekian.
Amirul Faisyal
p.s: Untuk yang masih lagi tak dapat nak beza antara program buat duit dengan perniagaan internet, boleh baca artikel Shuth disini:
http://www.wangcyber.com/article/per...-internet.html
Dan ini, dari bro Zul,
http://blog.smartusaha.com/berita-te...a-wajib-faham/
p.s.s: Maaf untuk penggiat Adsense, tiada niat untuk menghentam anda. Saya menghentam mereka yang menyalahgunakan Google Adsense dan menganggapnya sebagai perniagaan internet.