View Single Post
  #5 (permalink)  
Old 04-13-2007, 11:06 PM
Adnin's Avatar
Adnin Adnin is offline
WC Premium
 
Join Date: Mar 2007
Location: http://www.soyadiy.com
Posts: 842
Adnin is on a distinguished road
iTrader: (7)
Default

Quote:
Originally Posted by Labanon View Post
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya please luangkan masa anda untuk membaca post ini.

Kita semakin lupa! Ya semakin hari kita semakin lupa terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita sebagai umatnya hendaklah mengikut sunnah nabi. Tidak boleh kita kata nak ikut separuh jer kecualilah kita tidak mampu lakukanya.

Dalam beriman kepada Allah kita tidak boleh buat separuh-separuh jer. Jika saya pergi masjid dan lihat lebih ramai orang tua daripada remaja. Sedangkan remajalah yang akan menjadi tunggak negara! Sedangkan remaja lah yang akan menyambung pucuk pimpinan negara kita kelak. Di mana remaja kita? Adakah remaja kita sekarang pentingkan akademik semata-mata? Sedangkan Allah telah berfirman seorang pemuda lebih banyak mendapat pahala jika beribadat berbanding orang tua.

Remaja yang sentiasa megabdikan diri di rumah Allah akan mendapat perlindungan di padang masyar kelak. Marilah sama-sama kita mengamalkan sunnah Raslulullah kekasih Allah. Beliaulah yang mengeluarkan kita daripada kegelapan menuju kepada cahaya.

Umat Islam kita semakin lemah kerana kita tidak berpegang teguh kepada al-Quran dan al-hadith. Sedangkan Rasulullah telah berpesan ” Jika engkau berpegang teguh kepada 2 perkara nescaya engkau tidak akan sesat sampai bila-bila. 2 perkara ini adalah al-Quran dan al-hadith “. Yahudi sentiasa merancang program dan melancarkan propaganda-propaganda supaya kita melupakan 2 perkara ini. Lihatlah semasa orang sedang bersembahyang Maghrib bersama-sama di masjid… remaja kita dok tengok cerita kartun.

Ini semua untuk melekakan kita! Sedarlah! Kepada ibu bapa, abang-abang atau kakak-kakak yang membaca post ini bagilah nasihat kepada adik-adik supaya amalkan sunnah nabi. Supaya umat Islam menjadi lebih kuat! Kuat di mata dunia!

Sedih amat sedih.. sedangkan di zaman Rasulullah remaja-remaja cukup memainkan peranan penting. Lihatlah Saidina Ali sanggup membenarkan umat Islam mendengar ilmu di rumahnya dan macam-macam lagi. Namun pada hari ini….

Sekian taskirah daripada seorang remaja yang leka juga.. “Jadilah Pemuda Allah”

Yang Ikhlas,
Adly aka Labanon
Bagus , ada fikir ummat , oleh itu boleh labanon luangkan masa untuk sama-sama fikir ummat di MADRASAH DUSUN RAJA, KOTA BHARU, KELANTAN . Kita ada program fikir atas iman dan amal setiap minggu. Saya tak ingat hari apa , tetapi boleh contact pihak madrasah tentang Malam Markas.


Reply With Quote