View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 04-11-2007, 09:34 AM
vibe venom's Avatar
vibe venom vibe venom is offline
Senior Member
 
Join Date: Feb 2006
Location: teluk intan, perak
Posts: 248
vibe venom is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default Rahsia bagaimana mensabotaj idea bisnes anda

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mensabotaj idea produk yang baru muncul di dalam kepala anda, antaranya:

1) Apabila anda mendapat sesuatu idea, anda akan mengkaji idea tersebut sedalam-dalamnya sehingga anda menjumpai sesuatu yang tidak kena mengenai idea tersebut dan berkata “aku dah agak dah,idea ni mesti ada masalah punya”. Idea yang baru muncul di kepala anda seharusnya tidak dikritik terlebih dahulu.

2) Anda meminta komen tentang idea anda kepada orang yang tidak berkelayakan untuk memberikan komen tersebut. Anda tidak seharusnya meminta komen tentang idea bisnes atau produk dari rakan anda, jika rakan anda itu tidak mempunyai pengalaman atau latarbelakang di dalam bisnes kerana mereka tidak tahu apa yang terbaik buat anda.

3) Semasa idea baru muncul di kepala anda, anda yakin bahawa orang lain telah mengeluarkan konsep atau idea yang sama seperti anda, walau bagaimanapun ini tidak bermakna idea tersebut tidak boleh diperbaiki. Mungkin anda boleh membaiki idea tersebut dan menjadikannya lebih menonjol serta berkualiti.

4) Anda terus memasarkan idea produk anda tanpa membuat persediaan yang mencukupi. Sebelum meneruskan sesebuah idea anda perlu melakukan sedikit homework serta research,apabila idea tersebut telah mempunyai asas yang kukuh yakni telah diberi kajian yang mendalam untuk menjadikannya lebih bernilai, barulah idea tersebut boleh dipasarkan.


Reply With Quote