Memperkasa Hujah Menentang Skim Cepat Kaya dan seumpamanya...
OK. Dalam kita ghairah menentang SCK dan seumpamanya, kadang2 kita mengeluarkan hujah2 yang dangkal. Hujah2 yang membuatkan mat2 skim bertambah kuat mempertahankan skim2 pujaan depa.
Aku dulu pon (dan sekarang juga, kadang-kadang) mengeluarkan hujah *****. sebab aku tak peduli depa terima atau tak hujah aku, as long as aku tahu asas aku betul, aku main taram jer berhujah. be it the ***** one or the good one.
Antara hujah2 yang dulu aku pernah keluarkan dan sekarang aku tak nak lihat adalah seperti di bawah:
1- buat apa masuk skim derma-derma ni, orang atas jer untung. (tahun 2000)
hujah ni lemah beb. ini hujah orang yang tak senang tengok orang senang.
Cadangan: buat apa masuk skim derma-derma ni, sapa pulak nak derma kat orang paling bawah?
hujah ni mengambil berat perihal mangsa yang bakal tertindas
2- aku tak mahu jadi kaya, so what? (2001)
hujah paling ***** aku pernah keluarkan. ni dek kerana dah malas sangat dengar member aku dok promote, KAYA, KAYA, KAYA.
Cadangan: Orang kaya yang pernah aku kenal tak pernah joim skim kau.
hujah ni nak menyedarkan depa tentang hakikat sebenar. by the way hujah ni agak lemah jugak. ada sesapa yang bleh kuatkan hujah ni?
OK. bagi sesapa yang berminat, sila kemukakan hujah yang anda rasa ***** atau bagus, kendian nyatakan alasan anda.
Ni kita nak menambah ilmu berhujah ni.
