Quote:
Originally Posted by mysticmind
thanks topic nih.. saya termiss topik menarik ni..
Hit & Run nih di panggil Contra ke?
aku bab istilah2 nih mantoi sket..
Tapi nak beli saham tgh naik dan jual pada harga lebih tinggi memerlukan modal besar.. kalau naik 1 sen, tak untung lagi kalau belian bawah 5000 unit bagi saham2 kecil . Saham2 besar lak memerlukan lebih besar modal. Dan silap2 baca harga tengah puncak. So tak boleh naik dah.. kemudian esok harinya turun dan turun.. Tunggu graph dia naik balik mungkin sebulan atau 3 bulan kemudian. Saya rasa.. macam susah jer pada orang baru mula...
Saya juga spt nadzate tertarik dengan warrant, yang pastinya jauh lebih berisiko. Dan kebarangkalian boleh habis semua duit anda.. Boleh puan ceritakan lebih detail? Source di internet pula agak membingungkan...
|
Hit n run tak semestinya contra, kita juga boleh pick up sekejap kalau harganya tak naik dan jual kemudian. Main secara contra, risikonya terlalu besar, sekurang-kurangnya kita mesti standby duit untuk pickup kerana selalunya selepas rumours di buat, stock tersebut tak terus naik tapi mengambil masa. Selalunya masa contra tidak mencukupi.
Selalunya mereka yang main hit n run ni, akan pick up sekejap dan sekiranya harga tak naik juga, mereka akan cut loose dan beralih kepada stock yang lain.
Setahu saya warrant ini dikeluarkan apabila sesuatu syarikat tersebut memerlukan tambahan modal, contohnya apabila memperolehi sesuatu projek yang menguntungkan para pelaburnya tetapi memerlukan modal tambahan. Tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menawarkan warrant, sebaliknya mestilah mendapat kelulusan suruhanjaya sekuriti. Warrant ini selalunya di dagangkan juga di Bursa sementara menunggu matangnya dan selepas matang boleh di tukar ke bentuk saham utamanya, mungkin perlu penambahan wang atau mengikut syarat-syarat yang telah diluluskan.
Kalau tak faham boleh tanya remisier yang lebih berpengalaman.