View Single Post
  #47 (permalink)  
Old 04-08-2007, 03:03 AM
Roshatika's Avatar
Roshatika Roshatika is offline
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
Roshatika is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by abixpert View Post
Assalamualaikum
saya nak tanya sket

1. camna nak buat analisis utk pilih stock hit n run? sebab sekarang ni, semua saham yang saya beli, direkemenkan oleh remisier. Saya nak belajar utk beli sendiri

2. adakah nilai duit dalam CDS akaun akan berkurang? Bila saya jual saham, saya akan terus masukkan duit jualan tu ke dalam CDS akaun.Tujuan saya buat camtu, bila remisier kol ada stock yang bes, saya suruh amik ja duit dalam CDS akaun. Baru2 nie, saya nak kuarkan duit dari CDS akaun saya, tapi remisier cakap berkurang dalam RM380. Adakah nilai dalam CDS akaun saya berkurang, @ remisier guna duit saya utk beli stock? Saya ada dengar2 jugak bahawa remisier saya ni suka pakai duit orang utk beli stock.

3. Saya tengah berkira-kira utk tukar remisier kalau betul keadaan ni berlaku (dia pakai duit saya utk beli stock), so macam mana nak tukar remisier ?

4. Kalau sesuatu saham IPO nak dikeluarkan, prospektus ada kat semua akhbar ke? Saya jarang beli paper, baca kat internet @ tgk TV. Lepas ni kena selalu beli paper la.. Nak beli IPO plak sambil beli stock utk hit n run
1. Stock untuk hit n run bukanlah berdasarkan analisis tetapi lebih kepada spekulasi, contohnya bila ada khabar angin syarikat tersebut akan bergabung atau diambil alih atau dikhabarkan akan mendapatkan projek yang mendatangkan keuntungan maka sahamnya akan melonjak dengan cepat, masa ni kita kena beli dan jual semula bila khabar angin tersebut telah reda. Jadi untuk mendapat berita seperti ini anda kenalah rapat dengan mereka yang sentiasa berada di stock market.

2. Saya keliru dengan soalan ini. Setahu saya CDS akaun bukan tempat menyimpan wang (Tak pasti kalau peraturan dah di tukar) tetapi tempat menyimpan saham. Mengenai remisier menggunakan duit client, saya tak mampu nak jawab sebab selagi anda tidak memberikan kuasa untuk menggunakan duit anda maka remisier sama sekali tidak dapat menggunakannya kerana setiap cheque bayaran adalah di atas nama anda dan di acc. payee.

3. Nak tukar remisier sangat senang, anda boleh pilih remisier baru dan buka akaun baru sama seperti membuka akaun bank.

4. Selalunya prospektus ada kat semua akhbar utama tapi kadang-kadang untuk menjimatkan kos syarikat-syarikat IPO tersebut menyenaraikan di sesetengah akhbar harian saja. Kalau anda nampak surat khabar tu tebal aje, itu selalunya mengandungi prospektus la tu!.


Reply With Quote