View Single Post
  #4 (permalink)  
Old 04-04-2007, 12:30 PM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Badruzamani Bin Azmi Badruzamani Bin Azmi is offline
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default

Bagaimana untuk memastikan 'semangat' itu terus ada yer?

Dalam english di sebut 'spirit' . Tubuh badan kita ini diibaratkan sebagai 'sel kering'. Lambat laun ia akan 'lemah'. Jadi, masa itu kita kena 'caj' balik. Keadaan ini mungkin disebabkan :
  1. Pemakanan kita - Pemakanan memainkan peranan yang agak penting untuk menjamin kestabilan dalam tubuh badan kita. Umpamanya sekiranya kita silap makan, kita akan kena cirit birit. Jadi, badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Dan badan akan menjadi lemah. Selain minum air, kita kena makan sesuatu yang menjadi 'sumber tenaga' kita. Sumber tenaga setiap orang agak berbeza antara satu sama lain. Misalnya seperti saya berdarah 'O', sumber tenaga saya ialah daging. Orang berdarah A pula (macam kakak saya), sumber tenaganya ialah sayur - sayuran dan kekacang. Kaedah masak juga memainkan peranan penting untuk mengembalikan tenaga kita. Umpama seperti minyak (apabila mengoreng) akan menyebabkan kolestrol dalam darah meningkat. Sekiranya kolestrol agak banyak dalam salur darah sehingga hampir menutup saluran darah, perjalanan darah akan perlahan. Jika perjalanan darah beroksigen ke otak menjadi perlahan, ini akan melemahkan daya penaakulan dan daya penafsiran. Jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan. Keadaan ini akan mengakibatkan badan menjadi letih dan seterusnya menyebabkan 'semangat' kita juga menurun.
  2. Cuaca - Keadaan yang panas dan sejuk juga memainkan peranan penting kepada semangat kita. Dalam keadaan terlalu panas, kita tiada 'mood' untuk menulis. Begitu juga jika keadaan menjadi terlalu sejuk.
  3. Persekitaran - Cuba lihat persekitaran tempat kerja / rumah kita. Jika keadaannya tersusun dan kemas, fikiran kita juga akan lapang. Begitu juga sebaliknya.
  4. Bunyi - Bunyi yang terlalu kuat akan menjejaskan konsentrasi kita. Kadang - kadang kita memerlukan bunyi seperti air yang mengalir untuk mengembalikan semangat kita. Suasana yang terlalu senyap pula kadang kala akan menjemukan kita.
  5. Warna - Cuba lihat warna dinding tempat anda bekerja, warna pada monitor, warna desktop / laptop anda. Warna juga memainkan peranan untuk menentukan semangat kita setiap hari. Jadi, cuba elakkan untuk menggunakan warna HITAM kerana ia akan membuatkan anda seperti berada dalam 'kegelapan'.

p/s - Setakat itu dahulu. Ada sesiapa nak tambah?


Reply With Quote