Salam Bahagia Warga WangCyber.com
Disini saya ini berkongsi sedikit ilmu mengenai penulisan ebook.
Menulis bukanlah sesuatu yang mencabar tapi yang menyukarkannya adalah kemahuan kita untuk menulis. Jawapannya antara mahu menulis atau malas menulis.
Apabila anda menghasilkan sebuah ebook dan disebarkan kepada orang ramai, secara tidak langsung, kredibiliti anda akan bertambah. Walaubagaimanapun, Kebolehan menulis sebuah ebook tidak terdapat pada semua orang.
Untuk menulis sebuah ebook, anda perlukan sebuah komputer, perisian yang sesuai dan panduan . Satu lagi perkara yang anda perlukan adalah semangat ingin menulis (menaip

)
Mengapa saya katakan perlukan semangat yang kental?
Jawab dulu soalan ini:
-Bolehkah anda menyiapkan sebuah ebook atau laporan setebal 10m/s dalam masa sehari?
-Bolehkah anda menaip sebuah ebook setebal 30m/s dalam masa 3hari?
-Berapa lamakah anda mampu duduk pada satu masa untuk menaip ebook tersebut?
Jika anda tidak mampu untuk melakukan apa yang dinyatakan diatas, pastinya ebook setebal 80m/s juga tidak mampu dihasilkan. Kata orang "semangat mesti ada.
Panduan untuk menulis juga diperlukan. Kalau xde panduan, bagaimana hendak bermula? Kata orang lagi " mencari jalan dalam gelap". Oleh hal demikian sebagai panduan, untuk menulis ebook, kita perlukan:
Sebab untuk menulis.
Sebab untuk menulis akan menjadi pendorong utama menghasilkan ebook. Sebab untuk menulis akan menentukan kejayaan anda dalam menghasilkan ebook tersebut.l Ia mungkin bertujuan untuk promosi perniagaan, peningkatan dalam kerjaya, kepuasan kendiri, atau apa2 sahaja.
Subjek.
Terdapat pelbagai perkara yang boleh ditulis. Sebaik2nya Adalah lebih baik menulis mengenai minat atau apa yang anda tahu. Tujuannya untuk memudahkan anda menulis mengenai perkara tersebut. Apa gunanya anda menulis sesuatu yang anda tidak pasti akan isi kandungannya.
Tajuk
Setelah memilih subjek, anda perlukan tajuk. Tulis dulu beberapa tajuk sebelum memilih. Jangan terburu2 semasa hendak memilih tajuk yang sesuai. Ambil masa untuk memilih kerana tajuk yang memberi Impak selalunya akan mendapat perhatian. Tajuk yang dipilih sebaik2nya berkaitan dengan isi kandungan ebook yang dihasilkan.
Bersambung...