View Single Post
  #2 (permalink)  
Old 04-21-2006, 12:11 PM
shuth's Avatar
shuth shuth is offline
Administrator
 
Join Date: Dec 2005
Posts: 1,638
shuth is on a distinguished road
iTrader: (6)
Default

okla... saya mula dulu, bagi mana2 tips yg sesuai...

kalau dilihat perkembangan sekarang.. nampaknya industri ebook sudah mula nak meriah di malaysia.. sudah ramai yang berebut-rebut ingin menulis dan mengeluarkan ebook masing2. Kemudian dijual dengan harga yang dirasakan sesuai...

Cuma nasihat saya.. jika kita ingin menulis ebook itu, biarlah topik serta kandungan ebook itu jujur dan ikhlas. Biarlah kita benar2 paham dan mahir di dalam bidang yang ingin kita tulis.

Contohnya.. jika anda ingin menulis mengenai rahsia membuat roti, anda seharusnya perlulah mempunyai pengalaman dan mahir mengenai roti. Jika anda tidak mahir.. usahlah menulis mengenai roti. Tidak kah pelik jika sesorang yang tidak pernah membuat roti.. tetiba menulis mengenai rahsia membuat roti yang sedap?

Begitulah juga contohnya dengan perniagaan internet, pada masa kini, niche internet biz memang sedang hangat di malaysia. Oleh itu, ramai yang berlumba-lumba ingin menulis ebook mengenai internet biz... tetapi yang sedihnya. Sesetengah mereka yang menulis mengenai internet biz ini, tidak pernah pun mempunyai internet biz. lebih malang lagi.. mereka ini, nama domain & webhosting pun tak dapat nak bezakan. Tetapi.. tanpa segan silu menulis.. "Bagaimana mendapat 10 ribu dalam masa 30 hari dengan menjalankan perniagaan internet!" (tajuk contoh sahaja....)

Pelik bukan?.. mereka tidak pernah menjalankan perniagaan internet, malah.. nama domain pun tidak pernah beli. Tapi boleh menuils mengenai "bagaimana berjaya dalam perniagaan internet"?... how funny is it...

Mengapa mereka buat begitu?.. tidak ikhlas?.. tamak? inginkan duit semata?...

Oleh itu, jika anda ingin menghasilkan ebook, pastikanlah anda memilih topik yang anda betul-betul mahir dan tahu... jangan menipu di dalam penulisan anda. Ini kerana, tanpa anda sedari, penipuan anda akan terbongkar di dalam ebook yang anda tulis tersebut.
__________________
Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet


Reply With Quote