Wah.. wah.. amboi bukan main lagi semua yer

biasa la ada yang suka dan tak suka, ada yang setuju dan tak setuju.. hak peribadi tak ada syarat wajib dan syarat sah pun kan.
Well.. bagi saya sendiri kat WC ni avatar saya bunga rose sbb saya mmg suka bunga rose. Mula2 dulu memang tak pernah pun dedahkan gambar pada mana-mana sales letter kecuali pd blog dan fp personal dulu2, tp sejak dah berjinak2 dgn dunia ebiz ni dah 2 sales letter ada gambar saya dan juga 3 testimoni ada gambar saya. Kalau ada yg tahu dimana tu maknanya korang kenal la muka saya. Dulu2 masa diawal saya join WC pun ramai yg kata saya ni sweet 17

tp walhal anak dah 3.. sbbnya saya tak mula bisnes lg dan tak pernah tayang muka saya ni. Then terpulanglah kpd individu tak kiralah hensem ke cun ke.. janji ikhlas meletakkan gambar masing2 untuk berkawan dan bisness. Saya cuma letakkan gambar saya di sales letter, forum sendiri dan testimoni sahaja.
Namun jika ditanya apakah kepentingannya meletakkan gambar untuk bisness anda, sebenarnya ia adalah salah satu rahsia kejayaan perniagaan anda!. Ianya seumpama pengenalan diri kepada perniagaan anda!. Memberikan kepercayaan penuh kepada bakal pelanggan anda!. Sama juga seperti perniagaan offline. Jika anda tiada bisness card, tiada broshure atau apa2 jua tools lain yg dpt membuktikan perniagaan anda sah, kedai atau pejabat, amat sukar untuk orang atau prospek anda percaya kewujudan perniagaan anda!. Melainkan mereka adalah rakan atau ahli keluarga terdekat. Malah ada sesetengahnya meletakkan kelulusan dan pangkat pada bisness card tersebut. Kenapa ? Fikir sendiri yer...
Tetapi di internet ianya berbeza, cuba anda tanya pada diri anda sendiri secara jujur contoh barang yang sama tetapi dijual atau dipasarkan melalui dua buah website yang berbeza dan satu website ada menunjukkan gambar penjual manakala sebuah lagi website tiada gambar penjual, yang mana satukah pilihan anda ?

. Jadi.. hak masing-masing tiada siapa yang paksa nak pilih yang mana satu. Betul tak ? . Kesimpulannya bagi saya jika anda hendak berniaga di internet terutama anda yang mempunyai produk sendiri ada baiknya meletakkan gambar bagi perniagaan anda terutama di sales letter anda. Selain dari maklumat perniagaan. Wa'allahua'alam.
* sejak gambar saya terpampang di salah satu testimoni pertama dulu, semakin ramai ahli WC yang menjadi kawan baik saya. Tak percaya ke ?. Jadi apalagi cepat2 letak gambar anda tu
