Quote:
Originally Posted by sazkul
Remaja tidak boleh dimanjakan, mereka perlu di'tempeleng' sepenuh hati jika sudah tidak ambil berat pasal agamanya.
|
mak ai... byk le yg kene makan lempeng nanti.. keke..
mende ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kureng berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..
sstgh remaja bermasalah dtgnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tara kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kureng harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kete di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... msyrkt bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalo di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...
sistem kenegaraan ni tak yah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cuba lah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...