Quote:
Originally Posted by Shahrul
site map bukan penentu cepat index... sila faham betul2, kalo ko cepat itu nasib jer... benda site ,ap tu ko boleh lihat bila ada akaun google... dan boleh juga masuk tengok dalam adsense control panel... dia akan arah ko letak text atau html file dalam laman web kau dengan nama file yang diberi oleh google
cth adfasgdashd.html (html ke text?)
adfasgdashd.html untuk dia cam betul tak laman web tu ko punya
lepas kau wujudkan sitemap.txt ke html gitula yang dalam dia ada link semua halaman web ko dan daftar kat akaun google tu...
aku masa letak benda tu 3 minggu takde menda..... tak taulah sekarang...
but ia tiada kena mengena dengan ranking akan jadi teratas
no no no.... but yang aku tau dari akaun sitemap tu ko boleh lihat bar keutamaan tak silap aku tiga bar.... medium high (apa nama aku lupa) yang akan tunjuk secara purata link2 ko tu tahap mana kepentingan dalam search engine....
aku tak guna lagi sebab aku rasa ia macam lambat... dan malas pulak nak update link.... pada aku mudah refer pr3 lepas tu dia follow semua muka surat... buat sekali dapat banyak kali......
|
sharul, cara yang ko cakap tu ialah untuk verify url... tapi apa yang aku maksudkan ialah submit sitemap. kalau nak verify URL di google, google akan suruh kita create satu file ( dot html) dan kemudian uploadkan ke dalam folder web kita. itu untuk memastikan bahawa web tersebut kepunyaan kita.
apa yang aku maksudkan ialah submit sitemap (bukan URL ye) . sitemap ini biasanya dot xml ( contoh: sitemap.xml ) . untuk create sitemap yang google friendly, korang boleh gunakan tools di website ini
http://www.xml-sitemaps.com/
bila dah create sitemap.xml nih.. upload sitemap.xml tersbut ke dalam website korang ( hanya sesuai untuk laman web berbayar / hosting berbayar) . lepastu submit sitemap tersebut ke google plak (
http://www.google.com/webmasters/sitemap - perlukan akaun google) .biasanya googlebot ( google spider bot) akan melawati laman web yang telah disubmitkan sitemapnya pada hari yang sama. pengalaman aku, paling cepat, kurang 30 minit. menurut dari apa yang telah aku baca (sorry, tak ingat sumber) , dengan teknik ni, lepas google spider crawl laman web yang telah disubmitkan sitemapnya, maklumat web tersebut akan disimpan dalam database temporary google.
kebiasaannya, bila kita ada web baru, contoh
www.domain-saya.com , bila kita taip
www.domain-saya.com di google search box, komfem takkan keluar result. tapi dengan teknik ni memang cepat dapat result.
secara jujurnya, aku cuma apply teknik nie sekali je (lepas dapat info pasal nie terus je aku try apply). web yang aku submitkan sitemap tu diindex dalam masa setengah jam dan ia kekal di index sehingga sekarang.
aku tak pasti la sama ada ia masih relevan ke tidak sekarang ni. tapi ini adalah pengalaman aku. mungkin korang boleh cuba kalau nak. aku cuma nak kongsikan ape yang penah aku buat. betul ke salah, tu mungkin otai-otai yang lain boleh berkongsi kat sini.
** dari insan yang masih belajar
SEO dan terus belajar