Assalamualaikum
saya nak tanya sket
1. camna nak buat analisis utk pilih stock hit n run? sebab sekarang ni, semua saham yang saya beli, direkemenkan oleh remisier. Saya nak belajar utk beli sendiri
2. adakah nilai duit dalam CDS akaun akan berkurang? Bila saya jual saham, saya akan terus masukkan duit jualan tu ke dalam CDS akaun.Tujuan saya buat camtu, bila remisier kol ada stock yang bes, saya suruh amik ja duit dalam CDS akaun. Baru2 nie, saya nak kuarkan duit dari CDS akaun saya, tapi remisier cakap berkurang dalam RM380. Adakah nilai dalam CDS akaun saya berkurang, @ remisier guna duit saya utk beli stock? Saya ada dengar2 jugak bahawa remisier saya ni suka pakai duit orang utk beli stock.
3. Saya tengah berkira-kira utk tukar remisier kalau betul keadaan ni berlaku (dia pakai duit saya utk beli stock), so macam mana nak tukar remisier ?
4. Kalau sesuatu saham IPO nak dikeluarkan, prospektus ada kat semua akhbar ke? Saya jarang beli paper, baca kat internet @ tgk TV. Lepas ni kena selalu beli paper la..

Nak beli IPO plak sambil beli stock utk hit n run