View Single Post
  #21 (permalink)  
Old 01-09-2006, 08:27 PM
mohdsufian's Avatar
mohdsufian mohdsufian is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Kulim, Kedah & KT, Terengganu
Posts: 1,192
mohdsufian is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Memang betul saudagar,

Ini masalah biasa yang ditakuti oleh webmaster. Biasalah, memang ada orang yang dengki melihat kejayaan kita. Bukan dikalangan kita sahaja. Mat saleh kat luar tu pun menghadapi masalah sebegini.

Google ini selalu sensitif. Dan yang paling sensitif sekali ialah click fraud. Bila ada orang nak dengki je, dia akan klik berkali-kali pada Google adsense kat website kita.

Bial dia buat macam tu, google akan kesan ini sebagai click fraud, yang mana mereka sangka kita sendiri yang buat begitu. Dan secara automatik mereka akan suspend akaun kita.

Kadang2 ada juga pengunjung yang tak sengaja, seperti mereka yang tak tahu sangat guna komputer, kan ada sesetengah tu, yang perlu klik sekali jer, dia klik dua kali. Tapi peratus masalah sebegini kecil sangat.

Jadi kepada mereka yang baca masej ini, jangan buat sebegini, perbuatan yang tak bermoral, seperti mecurahkan pasir ke periuk nasi orang lain.

Antara penyelesaian yang boleh kita lakukan ialah dengan mempelbagaikan income kita. Contoh untuk satu website anda boleh promote google adsense dan affiliate marketing. Dan sekarang ini pula ada chitika dan YPN.

Sebagai contoh yang boleh kita lihat, kidino antara yang pakar dalam membina content-site untuk google adsense + affiliate program dari Malaysia.
__________________

Mohd Sufian
http://www.mohdsufian.com/


Reply With Quote