Idea Yang Bagus!
hai members, shueqry here..
idea yang bagus..tetapi bagi pendapat
saya, perlu ada seorang author atau
orang boleh kumpulkan artikel-artikel
dari members wang cyber dan kasi
compile dalam satu ebook untuk bacaan
members, secara offline di PC / notebook
diorang..bagi orang lain ok jugak..
saya ada satu idea.
Apa kata kalau tiap minggu kita
send artikel pada orang tu tru
email, dan bila dia terima, dia compile
dalam Ms Word, then tukar ke dalam
bentuk PDF lalu diedarkan secara
percuma pada semua members forum
Wang Cyber. Publish tiap minggu, pada
hari yang tetap misalnya Jumaat
melalui email atau cara download.
Selain menulis di blog, pembaca juga
boleh baca secara offline dalam
berntuk bercetak..
Cara ni saya gunakan untuk
hantar free eBook dalam format PDF
mengenai pelancongan Sabah, local
activities dan update mengenai
promosi pelancongan sekitar KK
kepada pelanggan saya di luar negara.
Saya tak tau cemana nak jadikan dia
'download' jadi saya hantar saja
melalui attachment email. Memang
banyak kerja tapi berbaloi sebab
dapat ramai pelanggan dan kawan-kawan
dari negara luar. eBook tu juga saya
gunakan untuk promosi produk-produk
saya yang berkaitan.
Its simple, black anda white, nak
juga design macam majalah, but it
will takes my time. Saya hanya buat
format yang saya tau, buat cara
simpel dan padatkan dengan info.
Lepas tu tukar gi PDF format dan
emailkan kepada kwan-kawan.
sebelum saya join WC, pernah jugak
saya download eZine WC, lepas tu
ndak ada sudah ezine yang seterusnya.
Maybe sebab sibuk, idea hilang begitu saja.
Jadi, usaha ni patut diteruskan.
Terfikir juga saya, maybe any member
perlu log in ke forum untuk baca artikel
atau tidak, baca saja terus tanpa log in
sebagi guest. Ni online, kalau secara
offline, lebih baik, sebab ezine tu
boleh diprint dan diedarkan pada kawan
satu opis, dibaca oleh mak kat rumah
time renggang atau diedarkan dan library
kota kinabalu ni. Ni idea saya, tak tau
pandangan members lain cemana..
Any comments??
Sekarang ni saya sebarkan juga ezine
mengenai bisnes,motivasi dan pasal
"minda" untuk pelanggan dari
Malaysia dan luar, free, tiap minggu
dalam format PDF melalui email.
Memang banyak kerja, tapi saya
budget masa dan tenaga yang ada
untuk buat satu-satu..pasal automation,
saya masih belajar, masih
dalam stage hands-on sebab streamyx
saya baru aktif bulan November tahun
lepas..bila tiba masanya website
akan keluar, jadi any registered readers
boleh download ezine saya anytime,
anywhere...free..every week.
Apa pendapat members yang lain??
Thanks for your comments :-)
shueqry,
kota kinabalu, sabah.
|