saya cadangkan kita buat satu thread untuk para ahli di sini terutamanya newbies bagi menanyakan soalan yang berkaitan tentang internet bisnes, serta apakah perkara yang mereka ingin belajar serta ketahui mengenai internet bisnes.sebagai contoh saya ingin mengetahui apakah langkah2 untuk membina ebook yang menarik?
sesiapa yang memberikan jawapan yang terbaik di dalam bentuk artikel akan diberikan itrader positif. setelah banyak jawapan yang berbentuk artikel dikumpul, maka ia bolehlah dicompile untuk dijadikan sebuah ebook manual yang kemudiannya dipublish.Tuanpunya artikel akan dapat meletakkan link website mereka di dalam manual tersebut di bawah artikel mereka.
dengan cara ini pasti ramai yang mahu membantu memberikan jawapan bagi setiap persoalan disamping menambah nilai wangcyber ini sebagai tempat menimba ilmu dalam internet bisnes.
dipersilakan untuk komen,menambah atau memperbaiki cadangan ini
