Quote:
Originally Posted by freelance akauntan
Betul la tu. sorry ek tolong jawab untuk akak.
Yang masalah IPO ni satu je, klu kita apply sikit2 ni susah nak 'masuk perangkap'. Maksud sy bila dorang buat cabutan pemohon2 IPO tu.
Sy nak tanya akak satu soalan la. Menurut apa yang saya dengar dari mereka2 yang kira terror ekonomi juga...ekonomi dunia ni ibarat dunia yang bulat berputar2. Pada tahun 1997 dulu semua org tahu bahawa 'dunia' ekonomi kita ketika itu berada betul2 dibawah. Kemudian beransur-ansur naik sehingga...mungkin dah kemuncak sekarang. Satu masa kita akan berpusing balik kebawah seperti 1997 dulu. Apa pendapat akak tentang ini?
|
Bagi IPO-IPO yang berkualiti sudah tentu susah untuk melanggannya kerana lebihan langganan adalah tinggi. Kadang-kadang lebihan langganan boleh melebihi 100 kali. Makna untuk 100 permohonan hanyalah satu yang diterima.
Sebab itu lah jutawan-jutawan IPO Kelantan menghantar sehingga 2000 permohonan dengan menggunakan I/C yang dipinjam daripada kawan-kawan dan saudara-mara. Saya sebut `Kelantan' kerana struktur masyarakat disana masih lagi kuat, sikap percaya mempercayai masih lagi diamalkan. Saya tak pasti pendekatan ini boleh digunakan ditempat lain kerana saya di Port Dickson pun tidak dapat meminjam I/C orang lain.
Berkenaan ekonomi pula, pandangan peribadi saya adalah kita baru nak bermula. Masih banyak ruang untuk ekonomi kita berkembang. Daripada data-data yang dkeluarkan ekonomi kita sedang mengalami pemulihan (bukan penurunan). Ekonomi kita sebenarnya belum matang kerana kesan pemulihan belum lagi dirasai diperingkat bawahan.
Kenaikan harga minyak dan diikuti dengan kenaikan harga barang memberikan kesan yang besar kepada rakyat walaupun kerajaan telah menyeimbangkan dengan penurunan cukai jalan, menghapuskan yuran peperiksaan, menyalurkan peruntukan untuk pembangunan dan pembaikan prasarana. Masa adalah diperlukan untuk rakyat membuat penyesuaian.
Satu lagi faktor yang sudah tentu tidak boleh disisihkan adalah negara kita berada di musim pilihan raya. Mengikut pengalaman lepas pasaran selalunya akan meraikan pengumuman-pengumuman positif yang akan dibuat oleh kerajaan. Pada saya ekonomi akan bertahan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya selesai.