Quote:
Originally Posted by baem
ok.. than paling tinggi margin utk IPO boleh bukak dalam satu hari berapa ya kak?
|
Margin keuntungan adalah bergantung kepada kekukuhan syarikat yang hendak disenaraikan tersebut. Ia juga bergantung kepada pasaran pada hari penyenaraian. Sekiranya pada hari penyenaraian sentimen pasaran adalah baik maka margin keuntungan adalah lebih tinggi.
Saya ambil contoh saham Hicom Holdings Berhad, harga tawaran adalah RM2.30 seunit (RM2,300.00 satu lot) (kalau tidak salah ingatan saya). Apabila disenaraikan pada hari pertama ianya mencecah RM7.40 seunit (RM7,400.00 satu lot). Ini bermakna bagi mereka yang menjual pada hari pertama tersebut margin keuntungan untuk satu lot adalah RM5,100.00.
Lumayan tak?