Quote:
Originally Posted by baem
ok agreed..
tapi, IPO nih tak datang selalu kan? bila ada yg masuk board baru ada lah kan? so, mcm mana pulak dgn regular trader? latest yg saya tahu baru masuk board, MESDAQ market is DUFU..
comp nih pun generate profits once price is open in board.. gud investment but tak selalu dapat lah kan IPO mcm ni?
|
Selepas 1997 tidak banyak saham-saham baru yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak syarikat-syarikat menangguhkan hasrat penyenaraian kerana
market sentiment pada masa itu.
Seperti yang dijelaskan oleh Saifulsham, selepas 1997 ada IPO dibuka dibawah harga tawaran yang menyebabkan pelabur rugi. Seingat saya sebelum 1997 hanya satu IPO sahaja dibuka dibawah harga tawaran iaitu Seacorp Schroder.
Pada pandangan saya sekiranya ekonomi negara bertambah baik dan disokong oleh faktor-faktor luar yang menggalakkan, sudah pasti Bursa Malaysia akan melonjak kembali.
Keadaan ini sudah tentu merancakkan semula penyenaraian IPO. Kemungkinan senario seperti sebelum 1997 akan berulang dimana 2-3 IPO disenaraikan untuk satu bulan.