View Single Post
  #24 (permalink)  
Old 03-14-2007, 08:36 PM
Roshatika's Avatar
Roshatika Roshatika is offline
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
Roshatika is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by affuone View Post
apa yang perlu ada, perlu pergi dan perlu tahu jika nak join saham IPO? modal? minimum, maksimum? saya yakin ramai di luar sana yang masih blur seperti saya.. :mrgreen:
Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia saham, saham IPO adalah yang paling sesuai. Ianya tidak berisiko, menguntungkan dan tidak memerlukan modal yang besar (bagi yang baru nak bermula).

Modal permulaan adalah mengikut harga tawaran IPO tersebut. Contohnya sekira harga tawaran RM2.50 seunit maka modal yang diperlukan adalah RM2,500.00 iaitu untuk satu lot dan dicampur dengan sedikit caj bank.

Sekirannya ingin serius ianya memanglah memerlukan modal yang besar. Kaedah yang digunakan oleh jutawan-jutawan IPO dahulu adalah seperti yang diceritakan oleh Saifulsham iaitu dengan meminjam I/c saudara-mara dan kawan-kawan sekampung.

Sekiranya terbitan saham IPO sekarang tidak serancak sebelum 1997, saya rasa inilah masanya untuk mereka yang berminat menceburinya melakukan persiapan seperti membuka akaun dengan syarikat broker saham dan membuka akaun CDS.

Seeloknya carilah seorang remisier yang boleh membantu urusan-urusan tersebut. Ramai orang beranggapan berurusan dengan remisier merimaskan kerana mereka selalu tidak berada di pejabat dan sukar dihubungi. Bagi saya senang sahaja, kalau kelapa setandan mestilah ada yang tidak elok. Sebenarnya ramai remisier yang baik, maksudnya berkelayakan dan berdisiplin.
Mereka-mereka ini diberikan lesen wakil peniaga saham selepas dilakukan penapisan yang ketat.

Pada pandangan saya pemulihan ekonomi adalah jelas. Indeks komposit yang berlegar 700-800 mata dua tahun lepas sekarang berlegar diantara 1000-1300mata. Ini ditambah dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang meningkat dan lebihan perdagangan yang bertambah besar.

Bagi saya hari-hari yang cerah kembali bertandang. Bertindaklah sekarang kerana sekiranya ekonomi negara bertambah baik sudah tentu saham IPO juga akan kembali rancak kerana itulah cita-cita semua syarikat iaitu mahu disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin andalah jutawan-jutawan IPO seterusnya!!!.


Reply With Quote