View Single Post
  #12 (permalink)  
Old 03-13-2007, 03:36 PM
Roshatika's Avatar
Roshatika Roshatika is offline
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
Roshatika is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Minta maaflah kerana lambat memberikan respon, sebenarnya saya baru terperasan dengan thread ini. Thread ini sebenarnya menambah kerja saya tetapi kerana uzair telah membukanya saya sahutlah cabaran ini.

Walaubagaimanapun janganlah memberikan harapan terlalu tinggi kepada saya kerana saya cuma akan memberikan serba sedikit pengalaman saya sepanjang berada di dalam bidang ini.

Saya rasa sedikit pembetulan kepada kenyataan Uzair. Sebenarnya yang menjadi remisier adalah suami saya dan saya cuma membantu beliau sepanjang karier beliau didalam bidang tersebut.

Satu lagi jangan tanya banyak sangat perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal kerana kepakaran suami saya adalah berkenaan saham-saham tawaran awam permulaan (IPO) dan saham-saham yang diperolehi secara `pink form’.

Didalam Bursa Malaysia tidak ada perkara yang boleh dianalisa dengan tepat, banyak faktor yang mempengaruhi naik turun harga. Sekiranya penganalisis-penganalisis ini dapat menganalisa dengan tepat, mereka sebenarnya tidak menjadi penganalisis sebaliknya menjadi seorang JUTAWAN.

Faktor-faktor yang mempengaruhi naik turun harga akan kita bincang kemudian.

Bagi mereka yang baru ingin bermula, saya rasa saham-saham IPO adalah yang paling sesuai, menguntungkan dan tidak mempunyai risiko. Sepanjang ingatan saya tidak ada saham-saham IPO dibuka dibawah harga tawaran kecuali satu yang saya ingat iaitu saham Seacorp Shcroder yang dibuka dibawah harga tawaran.

Saham-saham IPO ini sebenarnya telah menarik ramai pelabur khasnya daripada Kelantan menyertainya. Mereka-mereka yang terlibat secara serius dengan saham-saham IPO ini telah ramai menjadi jutawan.

Salah seorang yang saya kagumi adalah seorang peniaga warung kedai kopi diKelantan yang pada asalnya hanya mempunyai sebuah basikal akhirnya menjadi seorang jutawan dengan menaiki Mercedes model terbaru hasil daripada saham-saham IPO.

Saya juga sebenarnya terlibat secara langsung dengan saham-saham IPO ini. Dengan hasil daripada saham-saham IPO inilah suami saya menyara kehidupan kami sekeluarga semasa beliau menghabiskan master degreenya.

Saya dengar Saudara Saifulsham (www.saifulsham.com) juga pernah terlibat secara langsung dengan saham-saham IPO ini. Boleh juga beliau memberikan pengalamannya. Sekiranya beliau berasal daripada Kelantan, sudah tentu beliau mengenali peniaga warung kedai kopi daripada Kg. Laut yang akhirnya menjadi jutawan hasil daripada saham-saham IPO tersebut.

Sehingga berjumpa lagi. SEKIAN.


Reply With Quote