View Single Post
  #15 (permalink)  
Old 03-02-2007, 05:07 PM
Imo Imora's Avatar
Imo Imora Imo Imora is offline
Senior Member
 
Join Date: Sep 2006
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia, Bumi ALLAH S.W.T.
Posts: 385
Imo Imora is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Imo Imora
iTrader: (4)
Default

Rumusan saya begini:

1) Jangan paksa visitor.

- Kalo anda jual sesuatu produk contohnya. Jangan asyik kata 'BELI', 'BELI', 'BELI', dan 'BELI' tapi apa yang perlu adalah 'KEBAIKAN', 'KEBAIKAN', 'KEBAIKAN', dan 'KEBAIKAN'. Tu je point dia. Saya cukup menyampah kalo ada orang memaksa saya membeli sesuatu. Anda bagaimana?

2) Mesti ada hubungan.

- Tanya pelawat anda. Tulis seolah-olah anda berborak dengan mereka. Adakan hubungan. Nak contoh lawat blog saya www.imoimora.com .. he2.

Pelawat suka jika apa yang kita perkatakan ada kena mengena dengan mereka.

3) Bagi tajuk blog anda power dan menarik perhatian.

- Eh.. ni pun beri kesan tau. Bagi tajuk yang pelik. Nanti xde la mereka pergi ke blog anda hanya baca satu post je. Pengalaman saya memang ada iaitu saya kadang-kadang boleh lepak kat sesuatu blog tu lama-lama sebab tajuk dia pelik yang amat.

Dari satu post terbaca satu post lagi. X berkesan ke tu? Anda mesti pernah kena punya la .

4) Jangan merepek cakap berulang-ulang kali.

- Contoh macam orang x sihat kat Tanjung Rambutan tu. Opss.. bukan yang itu, maksud saya merepek disini cakap sesuatu dalam post tu macam x best langsung. Tulisan mesti kena ada seni beb.

Macam nak memikat anak dara orang. Mesti ada lenggok bahasanya.. kat time mana kita perlu ngorat, kat mana perlu serius, dan kat mana perlu buat kelakar. Kata kuncinya perlu ada 'tone' .

Sekian, itulah dia rumusan saya.

Esok saya nak tengok homework anda.. ha2
__________________
Image Hosted by ImageShack.us

>>> Jom Jimat Minyak! TELAH TERBUKTI!

Call/SMS: 016-9400039

Last edited by Imo Imora; 03-02-2007 at 05:30 PM..


Reply With Quote