Tambahan dari saya
7. Saiz maksimum untuk image signature ialah 500 width dan 100 height. Video klip dalam signature tidak dibenarkan. Untuk text signature, font yang digunakan janganlah terlalu besar
8. Jika anda menulis tentang sesuatu yang menarik di blog / laman web anda dan ingin membincangkan di sini, COPY & PASTE keseluruhan artikel tersebut di dalam thread berkenaan ataupun jika ianya terlalu panjang, copykan bahagian yang penting supaya semua orang faham apa yang ingin anda bincangkan. Jika anda membuka thread untuk berbincang dengan hanya link ke blog / laman web anda, thread tersebut akan didelete tanpa sebarang amaran. Jika anda artikel tersebut bukan dari blog / laman web anda, pastikan anda meletakkan url dari mana artikel tersebut diperolehi.
9. Maklum balas iTrader hanya boleh diberikan apabila adanya urusniaga iaitu jual beli barang ataupun perkhidmatan. Ia tidak boleh diberikan kepada seseorang yang hanya membuat tawaran untuk menjual / membeli / memberi perkhidmatan kepada anda.
10. Sila jangan pm / email pihak admin /mod untuk bertanyakan tentang siapa yang memberikan anda Reputation kerana ia tidak akan dilayan.
|