Thread: Adab Berforum
View Single Post
  #20 (permalink)  
Old 02-24-2007, 08:14 PM
nekizar's Avatar
nekizar nekizar is offline
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 151
nekizar is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to nekizar Send a message via Skype™ to nekizar
iTrader: (2)
Default

Cara yang sesuai dan berhemah seperti dibincangkan di atas. Rasanya banyak point dah di ketengahkan...

Antaranya, budi bahasa ketika berforum. Jangan ingat semua orang faham apa yg kita nak sampaikan, ataupun jangan harap orang faham apa yang nak disampaikan. Niat tu di hati kita, tapi cara penyampaian yg menghasilkan kesannya. Kalau cara penyampaian elok, orang takkan keberatan nak terima teguran atau kesalahan sendiri.....

Cara yang muax amalkan selama ni sesuai utk kawan yg dah kenal lama, samada di alam nyata atau alam siber. Untuk situasi kita di forum ni, kita tak kenal kawan2 yg lain secara mendalam. Seeloknya jaga setiap baris kata yg dikeluarkan. Sebaris perkataan boleh menambahkan seribu kawan, dan dengan sebaris perkataan juga boleh menambahkan beribu-ribu lawan. Mana yang anda mahu?


Setiap newbie yg datang bertanyakan soalan yg kita anggap mudah dan remeh, ada hikmah disebaliknya. Ingat, forum satu tempat untuk kita membina kredibiliti. Masalah orang boleh ditukarkan menjadi DUIT. Setiap masalah yg dibawa atau dialami newbie atau siap saja, merupakan peluang untuk ahli forum yang lain mendapat keuntungan daripadanya, secara tak langsung. Jadi, bila ada antara kita mempunyai kepakaran tentang masalah yang di utarakan, disitulah mereka boleh menawarkan kepakarannya serta membina kredibiliti... Situasi sekarang ramai newbie yang tak berani lagi nak tanya soalan dan ada yg memendam rasa. Ada ramai lg saya percaya (berdasarkan pengakuan kawan2 forumer lain) telah fedup dengan WC ni dan tak mahu lagi join. Ini satu kerugian besar!

Bertindaklah mengikut masa dan keadaan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka celaka....

Saya sendiri mempunyai pelbagai karakter. Pendiam, kelakar, garang, suka menyakat, terlampau byk cakap dan byk lagi. Di kalangan ahli keluarga (sendiri dan mertua), saya seorang pendiam dan serius. Di kalangan kawan2, saya seorang kelakar dan suka menyakat. Dengan org baru di kenali, saya peramah. Di alam siber, saya friendly . Dengan anak, saya seorang yg lemah lembut tapi dgn isteri saya garang ......

Kesimpulannya, di alam siber ni, niat di hati kita tak ada sapa yang boleh nampak. Tapi hasil penulisan kitalah yang banyak mempamerkan siapa diri kita sebenarnya. Sabar tu juga sebahagian tuntutan agama kita. Kalau rasa tak berkenan dengan soalan tertentu yang diajukan, sebaiknya diam diri aje. Di WC ni, pasti ada yg baik hati dan cukup penyabar nak tolong setelkan masalah tu . Mudah bukan?