Netika Berforum
Antara netika (etika internet) yang perlu diikuti semasa berforum atau chatting:
Bersikap ramah mesra dan bertimbang rasa
Berkelakuanlah seperti anda berada dalam dunia sebenar. Tunjukkan sikap peramah dan bertimbang rasa kepada rakan-rakan forum walaupun anda tidak pernah bertemu.
Hormati forumer lain
Anda hendaklah melayan forumer lain dengan rasa penuh hormat. Ini kerana kemungkinan ada orang baru (newbie) yang bertanya soalan-soalan yang bagi anda terlalu asas. Tidak semua orang pakar dalam semua perkara. Elakkan daripada melukakan hati seseorang atau menyebabkan seseorang itu menjadi marah disebabkan tulisan anda.
Sentiasa bersedia untuk membantu
Ingatlah, kita semua pernah menjadi newbie. Bantulah sesiapa yang memerlukan nasihat dan panduan. Jadikanlah ia sebagai amal jariah anda iaitu dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
Jangan bertanya hal peribadi
Bertanyakan soalan peribadi seperti umur, jantina, status perkahwinan dan sebagainya kepada seseorang yang baru anda kenali adalah tidak sesuai.
Berhati-hati semasa menggunakan kata-kata gurauan
Kata-kata jenaka dan sindiran terutama secara online,mudah disalahtafsirkan. Apa yang anda sangkakan sebagai gurauan mungkin tidak dapat diterima oleh orang lain. Sekiranya anda ingin bergurau, cubalah menambah emotikon yang sesuai.
Jangan tulis dalam semua huruf besar
Hurf besar sukar dibaca dan biasanya digunakan untuk penegasan atau mesej penting.
Jangan keluar topik
Jangan pos mesej yang tidak berkaitan dengan sesuatu topik atau bukan ditempatnya. Jika anda ingin mengiklankan produk anda, poskan ke ruangan iklan.
Jangan mengkhususkan siapa yang perlu menjawab
Jangan arahkan soalan kepada forumer tertentu sahaja. Orang lain tidak akan menjawab kerana disangkakan bukan untuk mereka.
|