Quote:
Adab Berforum
--------------------------------------------------------------------------------
Ayuh kita bincangkan adab-adab yang perlu ada semasa berforum. Supaya kita semua dapat berforum dalam keadaaan yang selesa di sambing menjadi orang yang "beradab"
1.Adab hendak bertanya
2.Adab menulis reply terhadap orang yang lebih dewasa
3.Adab hendak menegur orang yang membuat silap
*banyak lagi adab-adab yang pelu ada.
Ayuh bagi pendapat! Jadikan forum WC sebagai forum yang selesa untuk menuntut ilmu.
sekian
|
Wah ada perkara berbangkit rupanya. Maaf kebelakangan ini saya memang jarang aktif di sini dan hanya datang bertandang seketika. Maklumlah banyak projek baru

.
Baiklah ini pandangan dari seorang wanita

. Sebab belum ada pun wakil wanita pun yang menyuarakan pendapat.. mungkin mereka sibuk atau mungkin mereka segan. Sebelum saya senaraikan adab-adab berforum ada baiknya saya utarakan tiga perkara utama ini.
i) Tujuan Berforum :
Ini perkara asas yang perlu kita faham. Apa itu forum dan apakah tujuan kita berforum. Ada dua jawapan yang saya boleh bagi di sini iaitu, selain menambahkan kenalan kita juga dapat menimba ilmu dan pengalaman. Banyak yang kita perolehi dengan berforum. Tidka kiralah samada anda aktif atau tidak, terpulang pada masing-masing. Jika anda aktif, ada satu kelebihan yang anda dapat kemudian hari. Justeru, sila faham dan jelas dahulu apakah tujuan anda berforum ?
ii) Tak kenal maka tak cinta :
Bagi saya mudah saja, apabila kita telah mendaftar di sesebuah forum bermakna kita telah bersetuju untuk menjadi sebagai salah seorang ahli keluarga forum itu dan patuh dengan peraturan dan etika yang di tetapkan. Tidak kiralah forum itu jenis apa, ada banyak jenis forum di internet..khususnya forum-forum di Malaysia. Tak perlulah saya sebutkan, semuanya sudah maklum. Jadi seperti Forum WC, saya fikir semuanya sudah jelas dan faham apa tujuan dan misi utama WC. Oleh itu, jika anda seorang newbie anda perlu faham ciri-ciri seorang newbie. Salah satunya ialah membaca dan memahami thread2 tertentu yang mungkin boleh anda rujuk untuk memahami misi/matlamat dan selok-belok Forum WC. 'Tak kenal maka tak cinta'?. Kita di ajar untuk memperkenalkan diri, menegur atau menyapa sesama ahli dengan berhemah, merasa rendah diri untuk bertanya dan sebagainya. Bukankah ini adat budaya bangsa Melayu yang telah di ajar sejak kecil ?. Jadi sekiranya semua ahli WC mengamalkan sikap rasa cinta dan kekeluargaan itu.. masalah adab tidak akan timbul. Yang lama menegur yang baru atau yang baru bertegur sapa dengan yang lama.
iii) Rasa Hormat, berbudi-bahasa dan ramah-mesra :
Apabila kita berada di dalam sesebuah keluarga atau komuniti, ianya memerlukan ahli itu mempunyai sikap bekerjasama, bertolak-ansur, beradab-sopan dan beretika di dalam berforum. Termasuklah cara-cara menghormati orang yang lebih tua, sebaya atau yg muda. Pihak Moderator juga telah berusaha mewujudkan suasana ukhuwah dengan menwujudkan satu thread
'Siapakah Anda'. Namun, berapa ramai yang berani tampil ke hadapan ? Berapa ramai yang jujur dalam berforum ? Berapa ramai pula yang serius dalam hal ini ? Lihatlah dan anda sendiri boleh menilainya. Apa tujuan thread itu di wujudkan ? Bukankah dengan adanya sesi suaikenal sebegitu kita sebagai ahli keluarga/forum dapat mengenali sesama kita, dapat menjalin hubungan baik samada sebagai rakan niaga atau kenalan cyber dan yang paling penting kita tahu samada ahli itu lebih muda atau tua dari kita.
Sekadar satu cadangan utk Admin dan Moderator : mungkin thread Suaikenal dan Siapakah Anda boleh di sticky atau di asingkan pada satu ruangan khas, menandangkan thread suaikenal kini di letakkan di bahagian Cadangan dan Komen, mungkin newbie tidak perasan.
**p/s: topik 2 dan 3 tu agak berkaitan, x reti pulak nak saya asingkan.. idea menulis yg sepontan **
Baiklah saya senaraikan antara adab-adab yang perlu untuk berforum :
i)
Gunakan bahasa yang mudah, sopan dan sederhana. Sentiasa merasa rendah diri.. inilah satu ciri-ciri yang ada pada Rasullulah s.a.w. Ajukan soalan atau komen dengan bahasa yang sopan.
ii) Sentiasa ingat kita berbicara dengan orang yang tidak kita kenal, jadi utamakan
rasa hormat tidak kiralah pada yang muda atau tua. Tidak kiralah ahli itu budak hingusan lagi atau yang sudah lanjut usia. Tidak kiralah ahli itu anak dara atau isteri orang... belajarlah menghormati perasan orang. (tapi cth saya, saya tak kisah pun di panggil 'Kak Lynn', 'Cik Lynn' atau 'Puan Lin'. Bagi saya siapa sahaja yang sudi nak berkawan dengan saya, kecik tapak tangan bumi Jepun saya tadahkan.. buktinya ramai juga kenalan saya dari WC!)
iii) Sentiasa menjaga
emosi semasa menulis catatan anda. Kawal perasan marah jika anda sedang marah atau jika anda terlalu gembira pun berpada-padalah.. hehe.
iv)
Berfikir sebelum menulis soalan atau komen atau jawapan anda. Sabda Nabi, berfikir seminit adalah lebih baik dari sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Jadi berfikir sebelum bertindak.
v) Pandai
menjaga hati atau memelihara hubungan sesama ahli.
vi)
Ikhlas dan jujur dalam berforum, dengan erti kata lain ikhlas untuk memberi komen, jawapan atau menyuarakan soalan.
Itu sahaja yang terlintas buat masa ini, mohon maaf jika ada pihak yang tidak berpuashati. Wassalam.