Huh..
Kepada semua, marilah sama2 kita hayati hadith yg sy bawakan dlm post sy sebelum ni.
Nabi SAW pernah bersabda :
“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal - (dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat)- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).”
Kita marah bila orang mcm Astora bercakap pasal agama. Tp dlm masa yg sama, kita sendiri kadang2 banyak membicarakan isu2 penting berkaitan masyarakat dan orang ramai, termasuk yg menyentuh isu agama, walaupun kita pada hakikatnya CETEK ilmu dlm hal berkenaan.
Antara ciri2 orang yg berilmu itu juga adalah dia tidak melampaui batasan pengetahuannya bila berbicara.
Jgn lah kita termasuk di kalangan orang yg disebutkan Nabi sebagai Ruwabidoh tu. Na'uzubiLlah..
========
Quote:
Sekarang tak payah nak bising-bising pasal boikot, tapi kita muhasabah diri kita sendiri.
Adakah aku telah solat berjemaah 5 kali sehari hari ini?
Adakah aku telah menjaga zikir 300 pagi dan petang?
Adakah aku dah sempurnakan tanggungjawab aku sebagai orang islam iaitu ingat mengingati?
Adakah aku dah baca Al-quraan hari ini?
Adakah amalan hari ini sama atau lebih dari semalam?
Adakah aku menjaga pergaulan dengan orang Islam yang lain?
|
Ini hujah takleh pakai la akhi Muaz..
Adakah dengan menjawab YA kepada semua di atas, barulah seseorang tu dah ada tiket utk buat kerja amal yg lain? Cth mudah, ada orang buat kemungkaran depan kita, tapi bila nak tegur, terfikir balik... "Ohh.. hari ni aku tak solat berjemaah 5 kali sehari..., maka aku taleh tegur la dia.."
Kalau tunggu macam tu, alamat masing2 semua dok uruskan hal ehwal masing2 je la. Lebih teruk lagi, andai Malaysia ni nanti diserang Israel, kita masih mengatakan :
Aku kena solat berjemaah 5 kali dulu hari ni, baru boleh lawan.
Nonsense..
Apa yg kita mampu, kita buat lah. Semua kebajikan, ada ganjarannya. Bukan nak tunggu semua lengkap, baru kita boleh mulakan kempen boikot ni.
By the way, mengambil point Muaz juga :
Quote:
|
Adakah aku dah sempurnakan tanggungjawab aku sebagai orang islam iaitu ingat mengingati?
|
Ni tengah ingat mengingati la ni... Dan sikap kita yg baik, adalah berdiskusi dengan baik, dengan menilai kekuatan hujah masing2. Mana yg salah, kita ketepikan, mana yg betul kita ambil. Jika kita salah, akui, dan perbetulkan. Bukan ego dan masih berdegil dengan pendapat masing2.
Umpama Imam Syafi'e rh pernah berkata :
Tidaklah aku berjidal (berdebat) melainkan aku harapkan dizahirkan di lidah lawan ku itu kebenaran.
Sekian,
WA