Quote:
Originally Posted by carllys
Ini memang la penting muax, tapi rasanya kalau orang islam kita nak boikot yahudi, ko tableh la nak kata "takyah boikot" atau "jangan boikot" .. sebab bende yang diaorg nak buat (boikot yahudi) tuh kan Jihad gak... selagi apa yang kita buat tuh masih berlandaskan ajaran Islam..then.. go for it if you can..lakukan apa saja mengikut kemampuan dan mengikut ajaran Islam..
Wallahualam..
|
Manusia secara fitrahnya memang suka pada konflik, kalau tak nape tiap kali WrestleMania orang kita semua tercongok depan TV nak tgk? Sebab kita memang suka pada aksi ganas dan cabaran..itu fitrah kita manusia biasa. Persoalannya ialah mampu ke kita nak bersabar dan cuba menahan fitrah kita untuk melakukan tindakan.
Dalam isu boikot nie saya tak larang dan saya juga tak encourage. Tapi Muax punya pendapat tuh ade benarnya jugak. Adakah boikot semata-mata sudah cukup untuk berjihad? Kenapa kita asyik ingat Jihad hanya boleh dicapai dengan berperang dan berkonflik? Kenapa mesti ikut cara Syiah? Dalam rukum Islam Syiah ade 6 rukun dimana rukun ke-6 ialah berjihad dan jihad dalam pemahaman Syiah ialah berperang. Jadi selepas menunaikan haji ke Mekah mereka akan berperang kerana mereka merasakan Islam mereka belum sempurna selagi belum berperang. Akibatnya jika keadaan sedang aman dan harmoni maka akan wujud kekacauan kerana itu mencapai rukun Islam ke-6 dalam Syiah nie mereka perlu berperang.
Pada saya banyak cara untuk berjihad. Berlajar adalah satu jihad. Bekerja adalah satu jihad. Kenapa kita tak pernah nampak jihad-jihad yang jauh lebih mulia dari jihad perang ini? Kenapa kita tak boleh bina satu kesepakatan umat Islam menyeluruh bagi memastikan semua negara-negara Islam di dunia nie mampu berdikari, bantu menbantu antara satu sama lain? Ingat! Dakwat seorang guru itu lebih mulia dari darah seorang syuhada.
Sekadar pendapat.