Thread: Berhenti Kerja
View Single Post
  #19 (permalink)  
Old 02-16-2007, 02:24 AM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by hapisol View Post
saya akan berhenti kerja setelah income ebiz ni
melebihi RM100,000 sebulan
Tak mustahil kalau ada multiple biz kat internet + target local dan international.. nak seribu daya. Tapi memula target rendah2 dulu..

Saya full time internet marketer dan insyaAllah TAK AKAN kerja makan gaji lagi sampai bila2 walau family sendiri pelik apa yg saya sedang buat ni. Sebaliknya nak bagi gaji kat orang, insyaAllah, target setahun dua lagi, build the 'real' biz..

Ikhlas saya katakan, buat full time kalau xder income masuk & tak maintain + ilmu masih cetek dan pengalaman kurang + lagi2 xder sabar, baik keje dulu. Buat full time ebiz AMAT BERBEZA dengan buat part time sambil kerja. Mencabar buat full time ni.. Kena fikir masak2. Kalau bujang xper lagi lah. Kalau dah kawin, jangan la benti kerja.. Sian anak bini..

Saya tahu, mesti tak tahan dgn bos atau dgn keje kan? Sebab tu nak berhenti. Semasa saya kerja dekat setahun dalam 2004, ia merupakan kerja saya yg pertama dan terakhir, sebab tu bukan dunia saya. Usahawan adalah pilihan di hati, biarlah xcukup makan pun, janji happy apa yg dibuat. Orang nak kata apa, kata lah.. Kita tahu apa yg kita buat.

Dan, tak semestinya hanya dgn kerja makan gaji je boleh dapat skill communication dan lain2, ia boleh dipelajari dan diasah (kursus, seminar, join program, majlis, dan lain2..). Malah, menjadi usahawan benda2 macam ni akan kita lalui dan pelajari dari pengalaman. Sebab tu walau kita ni usahawan internet, JANGAN mindset salah anggap pulak tak payah berso**** dan ikut program offline. Saya kalau ada apa2 program insyaAllah akan pergi. Tambah ilmu, tambah network, kenalan dan asah bakat komunikasi kita. Semakin banyak kita berhadapan dengan mcm2 org, semakin byk kita belajar.

So, kepada yg nak berhenti keje tu, fikirkan semasak2nya. Kena rancang betul2, duit backup dah ada, dan lain2 benda. Jangan terjun jer, bahaya.. Jika tidak, kelak anda akan berkata kepada diri sendiri, "xleh jadi ni, kena cari keje balik..". Ia berlaku kepada saya semasa income masuk sket jer, tapi sebab sabar, alhamdulillah, usaha kuat selama ni sudah terbalas sikit demi sikit.

Bukan senang nak senang..

Last edited by smartusaha; 02-16-2007 at 02:27 AM..


Reply With Quote