View Single Post
  #34 (permalink)  
Old 02-16-2007, 12:47 AM
Wayne Wayne is offline
Junior Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
Wayne is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Aik.. ? Err..? Muaz tetinggal sampan ke ni eh? huhu..

Kempen boikot ni Dr Yusuf Qaradawi perkenalkan lama dah, sekitar awal 2000 dulu lagi. Dan ia disambut dengan semangat yg menyemarak oleh umat Islam seluruh dunia. Usul beliau ni disambut dan disepakati oleh ramai lagi ulamak di seluruh dunia. Harapnya kita semua kenal al-'Allamah Syeikh, antara permata umat Islam zaman ini.

Muaz ni masih muda. Kita takleh senang lenang mengatakan takde dlm hadith, takde dlm AQ, maka keputusannya terus dibuat bla bla bla.. Sy pun tak berhasrat la nak bukak kelas Usul Feqh pulak kat sini, kang bejela lak jadinya.

Boikot ni, masuk bab Jihad dah ni. Jihad mempertahankan maruah Islam.

Memang la, kalau nak kira, kita kahwin dan makan sembelihan mereka pun, sah je (Ahli Kitab). Sape yg selalu naik flight tau la pasal makanan Koscher ni.

SAH atau TAK SAH, ia soal lain. Jika A solat dengan pakaian yg dicuri. SAH ke tak ? Sah solat tu, tapi mencuri dan memakai barangan tu, soal lain. Sama juga kes aqad jual beli ni.

Sama juga kes Denmark dengan isu lukisan kartun gambar Nabi Muhammad SAW baru2 ni. Tak ingatkah kita bahawa suara gesaan daripada para ulamak seluruh dunia utk boikot barangan Denmark kedengaran dari seluruh dunia. Bukan Islam je, yg bukan Islam pun sokong juga boikot tu, menyedari kekejian perbuatan Denmark berkenaan. Takkan masa tu kita nak bertanya lagi, "Kat hadith atau Ayat AQ mana yg menyuruh kita BOIKOT NI ?"

Come on la.. isu ni senang je nak faham. Kena fikir sikit je..

WA


Reply With Quote