- Kita menentang Yahudi dan Israel yang ada sekarang bukan kerana dia Yahudi.
- Bukan juga kerana mereka membunuh nabi-nabi dan Rasul-Rasul di kalangan mereka. Kerana yang melakukannya adalah nenek moyang mereka, bukan mereka.
- Satu-satunya sebab kita menentang Yahudi dan Israel adalah kerana mereka membunuh saudara-saudara kita di Palestin dan merampas tanah air mereka.
- Bukan hanya tanah air umat Islam, sekiranya ada kuasa asing yang merampas negara bukan Islam dan membunuh penduduk negara itu pun, kita perlu menentangnya. Sebab itu ramai non-muslim di Malaysia dan di negara lain sekali pun turut menentang penjajahan Yahudi ke atas bumi Palestin dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Cuma bila penjajahan mereka lakukan di atas nama agama Yahudi, maka penentangan kita juga haruslah dengan nama agama Islam. Mereka ingin membina Haikal Sulaiman, kita tetap dengan Masjidil Aqsa..
Jangan sesekali memandang remeh terhadap usaha boikot. Memang mengikut kaedah jual beli dalam Islam urusan itu sah dengan akad. Tapi hukum Islam jangan diambil selapis begitu. Ada haram pada zat, dan ada haram disebabkan masalah yang bakal mendatang. Bayangkan betapa pedihnya hati saudara-saudara kita di Palestin apabila mendapat jawapan daripada saudara seagama mereka di Malaysia bahawa "jiwa mereka yang terkoban adalah hasil daripada akad yang sah daripada saudara seIslam di Malaysia"
|