assalamu`alaikum
saya nak tahu tentang status halal/haram ASB tersebut.
berikut jawapan yang saya temui di laman web
ASB-halal haram Tarikh: 1/10/2005
> > > bagaimana hukum jika umat islam melabur di dalam
> > > ASB?Krn asb turut melabur di dlm industri judi? apakah
> > > kita haram menyertainya?
> > >
> > > Jawapan:
> > > Ulama di Malaysia berselisih pendapat di dalam masalah
> > > ASB/N. Fatwa J/K Syariah Perak bertarikh 1 Ogos 1992
> > > menyatakan ASB/N adalah HARUS, dengan alasan bahawa
> > > pelaburan yang halal lebih banyak dari yang
> > > diharamkan.
> > >
> > > Bekas YDP-PUM, AF Ustaz Hj. Ahmad Awang telah
> > > menyatakan fatwa bahawa malabur di dalam ASB/N adalah
> > > haram kerana ia terlibat dengan kegiatan pernigaan
> > > yang tidak halal. Oleh itu sebagai seorang Islam yang
> > > menyedari bahawa tujuan kita hidup adalah untuk
> > > mencari keredaan Allah, maka kita perlu menarik keluar
> > > wang yang telah kita laburkan dengan segera.
> > >
> > > Ia dianggap Haram kerana terdapat perkara perkara yg
> > > tidak selari dengan Islam dan terlibat dengan benda
> > > benda yang Islam larang. Setiap pelaburan mesti
> > > mengelakkan 3 unsur utama yang dilarang oleh Islam.
> > > Perkara yang dimaksudkan itu ialah:
> > >
> > > 1) Gharar - Ketidakpastian
> > > 2) Maisir Judi
> > > 3) Riba
> > >
> > > Maka, menurut pendapat ini, jika ia terlibat dengan
> > > pelabruan tidak berlandaskan syariah, maka ASB Haram.
> > >
> > > Wallahu a'alam
> > >
> > > Oleh: Editor
> > > Tarikh Dijawab: 1/11/2005 1:01:06 AM
> > >
> > >
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=3162
> > >
> > > ni link lain mengenai status ASB :
> > >
> > >
http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf
> > >
> >
http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?
board=2&action=display&num=283
> > >
> > > Jawapan :
> > >
> > > w'salam,
> > >
> > > Baru2 ni, Ustaz Zainuddin Abd. Rahman ada menjawab
> > > persoalan ASB ini dgn baik. Beliau telah melakukan
> > > kajian semula sblm memberikan kpd kita jwpnnya.
> > > Berikut jawapan beliau:
> > >
> > > "Salam,
> > >
> > > Bismillah wa hamdalillah,
> > >
> > > Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang
> > > paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut
> > > :-
> > >
> > > Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh
> > > dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara'
> > > kerana sebeba berikut :-
> > >
> > > 1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (
> > > perbankan Ribawi yang haram)
> > > 2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) -
> > > 1.11 %
> > > 3) British American Tobacco berhad 1.07 %
> > > 4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % (
> > > insuran konvensional)
> > >
> > > justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan
> > > pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat
> > > oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , (
> > > rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka
> > > jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram
> > > menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya
> > > menjadi haram."
> > >
> > > Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang
> > > menghalalkannya atas hujah di atas.
> > >
> > > Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua
> > > hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal
> > > dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD
> > > PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau
> > > musyarakah atau apa?
> > >
> > > dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya
> > > tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan
> > > adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau
> > > haram ia dilaburkan.
> > >
> > > Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus
> > > ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital
> > > (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini
> > > bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah
> > > bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.
> > >
> > >
> > > Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah
> > > batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh
> > > pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh
> > > Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam
> > > konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan
> > > modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak
> > > ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam
> > > kontrak mudarabah.
> > >
> > > Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana
> > > mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah.
> > > Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic
> > > banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan
> > > Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan
> > > terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam
> > > pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.
> > >
> > > Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang
> > > sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada
> > > banyak tapi haram .
> > >
> > >
> > > sekian, wallahu a'lam.
> > >
> > > UZAR
> > >
> >
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?
name=MDForum&file=viewtopic&t=27749&sid=2efc5b978b 2242b6067cbc3c0bfe6
c42
> > >
> > >
> > > --------------------
> > >
> > > Saya sendiri mempunyai akaun ASB ini yg mana pd
> > > mulanya saya menerima pendpt fatwa Perak dan juga
> > > Kedah memandangkan ini sahaja badan fatwa yg ada
> > > mengeluarkan fatwa perihalnya. alhamdulillah, UZAR dtg
> > > dgn kajiannya dan memberikan jwpn yg memauskan kpd
> > > kita. Ana sudahpun memutuskan utk mengeluarkan kesemua
> > > wang ana dalam ASB.
> > >
> > > Dalam masa yg sama, ana berharap ada pihak yg boleh
> > > mengutarakan permasalahan ini kpd kerajaan
> > > memandangkan ASB dipantau sendiri oleh kerajaan dan
> > > ramainya umat Islam yg bergelumang dalamnya. WA.
> > >
> > > wassalam
> > >
> > > _________________
> > > Ditulis oleh
> > > g@y@t
> > >
> > >
http://www.al-ahkam.net
> > >
http://www.bicaramuslim.com/
> > >
> > >
> > >
> > >
> > > "Ya Allah, perbaikilah untuk ku agamaku, yang menjadi
pemelihara bagi
> > urusanku, dan perbaikilah bagi ku duniaku yang di dalamnya
berlaku
> > kehidupanku, dan perbaikilah untuk ku akhiratku yang kepadanya
tempat
> > kembali ku. Jadikanlah kehidupan ku merupakan tambahan bagi ku
terhadap
> > segala kebajikan dan jadikanlah kematian waktu berehat dari
segala
> > kejahatan"
> > >
1