How-to Stock Trading via Maybank2u e-book
A'kum semua,
Apa khabar?
Saya berpengalaman menggunakan Maybank2u Stock Trading sejak 3 tahun yg lepas. Saya bukannya banyak duit pun - setakat beli 1 lot hingga 100 lot sahaja (1 lot = 100 unit saham) sebulan.
Sejak itu, saya mula mendapat pendapatan sampingan antara RM50 hingga RM1300 seminggu. Ada juga hari yg rugi, biasalah adat berniaga. Tapi, jika kena teknik dan caranya, pendapatan sampingan saya ini agak lumayan - bolehlah bayar duit ansuran kereta dan simpan di ASB setiap minggu.
Sejak kebelakangan ini, saya terpanggil untuk kongsi pengalaman dan tips bagaimana nak pilih dan stay profitable in stock trading terutama sekali kepada orang Melayu khasnya dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya.
Saya berhasrat nak tulis e-book tutorial bergambar How-to Stock Trading via Maybank2u dan e-book tersebut sudah hampir 85% siap.
Soalan saya:
1. Berapakah 'harga patut' untuk sebuah e-book? RM38? RM50? RM88? RM128?
2. Apakah payment method yg paling mudah untuk org Malaysia? Credit card? Paypal? Maybank2u?
3. Bagaimana nak market e-book saya tersebut?
4. Jika buat dua version, satu English dan satu Bahasa Melayu, version mana yg akan lebih laris?
5. Berapa muka surat yg patut saya sediakan agar pembaca rasa berbaloi membeli e-book saya?
6. Apakah content tambahan yg saudara-saudari rasa perlu saya masukkan?
Terima kasih.
__________________
- Free Stock Calculator here -
|