Salam Syed Ikhwan,
Saya pun ada cuba Forex Online ini berdasarkan ebuku dari Rahsia Forex. Kandungan ebuku tu memang padat dan berinformasi kepada orang seperti saya ni yg agak LEMBAB dalam bab macam ni.
Beberapa jam sahaja saya habis baca buku tu. Lepas tu terus test the DEMO Account. Saya test dalam seminggu macam tu. Hari pertama dalam 2 ke 3 minit saya dah Untung USD200. Hari Kedua dalam 4 ke 7 minit saya untung USD300. Hari Ketiga pulak - kerana Ghairah saya beli Matawang dalam jumlah yg banyak. Last - last saya rugi USD5000. Waduh parahnya. Nasib baik cuma demo account.
Saya test seterusnya dalam seminggu lagi. Pendapatan boleh lah dalam 2 ke 3 minute dapat USD30-50. Bila nampak macam constant aje pendapatan rasa pulak nak Register REAL account.
Yang best pulak bila nak register ni for Muslim you boleh apply Syariah Forex Account yg ada counter dia sendiri dan tak de interest. So saya buka account tu dengan MOdal USD350.
Dalam buku Rahsia Forex tak terangkan macam mana nak register dan buka account kena baca sendiri dua ke tiga kali. Cari information dan make sure boleh bukak syariah account.
Kelulusan ambik masa sehari. Kita kena hantar scan Passport dan ID yg lain.
Bila dah dapat account kita sendiri dengan USD300 setelah tolak itu ini baru lah saya mulakan.
Agak takut juga kalau newbie ni dan melibatkan duit sendiri walau tak banyak.
Hari pertama untung USD46. Malamnya pulak rugi USD20. Esok harinya untung USD30. Rasa masih tak cukup ilmu. Kena minta tips dari sapa yg tahu.
Hari seterusnya pulak mula merugi semua Market Buy tak kena. Rugi USD150. Baki account dah half. Ni sekarang main2 takut2 kalau untuk USD5 ke USD6 terus jual. Nak cuba break even balik ke USD300.
Rasanya tak lah sesenang mana nak buat duit dengan FOREX ni. Kena belajar market, time Forex trade, Fundamental Analysis dan Technical Analysis.
Itu lah serba sedikit yg saya boleh kongsi.
Zahiruddin
__________________
Blog Peribadi Aje ...
Allah s.w.t Menguasai Segala-galanya Dan Tiada Daya Kekuatan Pada Hambanya.
|