View Single Post
  #10 (permalink)  
Old 10-11-2006, 07:47 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Badruzamani Bin Azmi Badruzamani Bin Azmi is offline
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 791
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default Firma tak aktif didenda RM1j

Firma tak aktif didenda RM1j
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

KUALA LUMPUR: Sebanyak 148,791 syarikat yang tidak beroperasi diberi tempoh tiga bulan bagi mengemukakan permohonan untuk membatalkan nama mereka daripada daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dikenakan tindakan termasuk denda sehingga RM1 juta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata syarikat yang berbuat demikian sebelum 9 Januari depan akan dikecualikan kompaun jika SSM puas hati alasan firma ter****t kerana gagal menghantar penyata tahunan dan akaun syarikat.

Katanya, mengikut proses biasa, syarikat yang memohon pembatalan nama mengikut dikenakan denda sebelum pembatalan boleh dibuat mengikut Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

“Ini peluang kepada pemilik syarikat dorman. Mereka sepatutnya ambil peluang ini dengan membuat permohonan dan rayuan.

“Kita akan teliti kes demi kes dan jika alasan kukuh, mereka boleh dikecualikan kompaun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan ‘Guidebook – Completing Prescribed Forms’ di Ibu Pejabat SSM di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, pemilik syarikat yang enggan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM1 juta. “Kita akan cari dan kompaun mereka. Bayangkan denda yang dikenakan tinggi hingga boleh capai RM1 juta sedangkan syarikat itu tidak beroperasi,” katanya sambil menegaskan, tindakan mahkamah juga diperuntukkan dalam akta berkenaan.

Mohd Shafie berkata, usaha itu antara inisiatif SSM meningkatkan pematuhan syarikat menyerahkan penyata tahunan dan kewangan yang mencapai 71 peratus tahun lalu berbanding 64 peratus (2004) dan 44 peratus (2003).

Sehingga 30 September lalu, 235,147 daripada 748,221 syarikat yang diperbadankan di negara ini termasuk yang dibubarkan, tidak atau belum menyerahkan penyata tahunan kepada SSM. Beliau berkata, syarikat yang mahu membatalkan nama masing-masing boleh membuat permohonan bertulis dan menghantarnya ke Seksyen Insolvensi, Jabatan Perkhidmatan Syarikat dan Perniagaan, Putra Place, 100 Jalan Putra, Kuala Lumpur dengan disertakan bersama yuran permohonan sebanyak RM120.

Mengenai buku panduan berkenaan, Mohd Shafie berkata, ia memudahkan pemilik syarikat mengisi borang yang perlu diserah kepada SSM dengan lengkap, betul dan tepat.

Buku panduan yang dijual RM70 senaskhah diterbitkan dengan usaha sama SSM dan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA).

Dipetik dari : Ruangan Nasional Berita Harian, Rabu 11 Oktober 2006

p/s - Jadi, saya minta bantuan kepada sesiapa yang tahu macam mana nak 'selesai'kan masalah ini jika adik saya pernah 'membeli' satu nama syarikat kemudian selepas setahun perniagaan dia tidak jalan kerana masalah 'dalaman' dan dia pun tak renew balik pendaftaran syarikat tu. Jadi apa yang perlu dia lakukan sekarang ni?


Reply With Quote