Pengalaman aku. Jgn percaya dgn SEMUA iklan kerja sambilan dari rumah, melainkan kita dah selidik betul2. Kalau setakat terpampang iklan, kebarangkalian aku utk tidak percaya adalah 99.9%. Yg terbaru, sepupu aku kena tipu sebanyak RM150.00. Memula dia terbaca iklan dlm paper, disuruh hantar sampul surat & alamat beserta setem 30 sen. Lepas beberapa hari, dpt balasan dari pengiklan tu, dia suruh bayar deposit RM150.00 utk pendaftaran dan barang. Bila dia dah poskan duit, tunggu punya tunggu, habuk pun tarak. Lesap RM150.00, pengiklan tu pun terus hilang tak dpt dihubungi. Selepas kejadian ini, sekarang ketidakpercayaan aku meningkat kepada 1 Trillion%.
SAYA MEMBERI PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI KHUSUSNYA KAWAN2 DI FORUM INI SUPAYA JANGAN PERCAYA DENGAN IKLAN TAWARAN BEKERJA SAMBILAN DI RUMAH DAN PEROLEHI PENDAPATAN LUMAYAN YG BANYAK TERPAMPANG DI AKHBAR2 TABLOID (WARTA PERDANA, BACARIA, BULETIN UTAMA, MINGGUAN MISTERI DAN SEMUA AKHBAR TABLOID) KERANA IA ADALAH SCAM!!!
Last edited by zinedine; 10-08-2006 at 01:12 PM..
|