View Single Post
  #26 (permalink)  
Old 10-05-2006, 06:29 PM
zinedine zinedine is offline
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,010
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default Kepada uzairubiah & admiralz.

Saya percaya, anda berdua sebenarnya bagus dlm bisnes MLM ni. Mungkin ada timbul sikit salah faham di sini. Salah satu salah faham yg terbesar antara anda berdua ialah ====>

Admiralz kata: gamat dari gamat emas adalah terbaik dan dari Luxor kurang baik kerana gamat keluaran Luxor boleh didapati di mana2 saja dgn harga yg murah, kat jln Masjid India pun ada gamat Luxor yg murah.Kalau sesiapa hendak cuba gamat luxor..cuba cari di jalan Masjid India..Harganya jauh lebih rendah dari pasaran...Persoalannya, boleh diyakini kah kualitinya!.

uzairubiah pulak kata: gamat dari Luxor baik juga, berkualiti dan setanding dgn gamat dari sykt lain. Cuma, Luxor dah keluarkan produk berasaskan gamat terlebih dahulu dari gamat emas, jadi Luxor lebih senior dari gamat emas.

Masalah timbul dan jadi panas bila admiralz kata Luxor punya gamat tu murah. Bila murah, org akan anggap ianya biasa saja dan kurang kualiti. Sebenarnya, org yg jual gamat Luxor dgn harga murah tu adalah peruncit2 samada ahli Luxor atau bukan ahli Luxor yg telah menjual gamat Luxor itu dgn harga di bawah harga runcit yg ditetapkan oleh sykt. Tujuannya nak mengaut keuntungan lebih dan nak cepat habiskan stok gamat Luxor dia. Bila stok gamat dia dah habis, dia akan order lagi banyak dari Luxor dan jual dgn harga yg murah juga, lebih murah dari harga runcit atau harga ahli.

Tujuan dia buat begitu adalah utk mengumpul seberapa banyak PV. Dlm bisnes MLM, perbuatan ini dinamakan 'simpan stok' di mana ahli membeli dgn jumlah yg banyak hingga menyimpan stok yg berlebihan. Bila dah terlalu banyak, sampai tak tau nak jual macamana, jadi strategi menurunkan harga ikut sesuka hati pun dilakukan. Perbuatan ini salah sebenarnya.

Perkara macam ni berlaku pada mana2 sykt MLM termasuk MLM Smart Naco yg saya join. Ada sesetgh ahli jual susu IgG-Plus di bawah harga runcit yg ditetapkan oleh sykt. Susu tu pulak dijual di mana2 kedai runcit dgn harga di bawah harga runcit dan ada yg jual dgn harga ahli kepada bukan ahli Smart Naco. Pandai2 pulak beri diskaun. Ini menyalahi peraturan sykt. Susu IgG-Plus skrg bnyk dijual di sempadan Malaysia-Thai dgn harga yg murah, bawah harga runcit/harga ahli. Ini dah menjatuhkan kredibiliti produk itu sendiri. Kesannya, ramai org anggap susu IgG-Plus kurang kualiti kerana murah, sedangkan susu IgG lain masih dijual dgn harga runcit yg ditetapkan oleh sykt. Sepatutnya, susu itu mesti dijual dgn harga runcit kpd bukan ahli dan harga ahli kpd ahli.

Dlm MLM, kalau org melihat produk itu sebagai bermutu, mesti org akan anggap harganya akan mahal sikit. Tapi kalau sesuatu produk itu nampak murah berbanding sykt lain, mesti org akan anggap produk yg murah itu kurang berkualiti. Persepsi org ramai dlm menentukan kualiti sesuatu produk MLM itu adalah berkualiti atau tidak adalah melalui testimoni penggunaan, faedah yg diperolehi dari produk itu dan harga (Selalu ahli2 MLM jarang ambik perhatian pasal soal harga).

Saya dah tengok kedua-dua produk gamat admiralz & uzairubiah, kedua-duanya bagus dan berkualiti sebab kedua2 sykt ni menumpukan kpd produk GAMAT sbg product killer sykt anda. Terpulang kpd kreativiti anda berdua bagaimana nak buat strategi pemasaran (tapi jgn guna strategi pemasaran dgn bermain pada harga kerana boleh menjatuhkan kredibiliti produk anda di kaca mata org ramai). Kita cuma ada 2 pilihan, samada jual dgn harga runcit kpd bukan ahli atau beri saja secara percuma sbg percubaan. Jgn jual dgn harga rendah kerana kita nak jaga kualitinya.

Org ramai di luar sana selalu suka membandingkan sesuatu produk dari sykt lain ke sykt lain. Kita sbg ahli kena tau memberikan penerangan yg jelas dan memuaskan hati mereka. Tidak boleh menjatuhkan/memburukkan sykt lain yg jual produk yg sama dgn kita.

Kepada uzairubiah & admiralz, selamat berjaya. Jgn lupa slogan "Jumpa Anda Di Puncak"

p/s:uzairubiah dah jadi leader Luxor rupanya. Dah ada pangkat yer. Boleh belajar dari awak pasal MLM ni.


Reply With Quote