Keutamaan di Bulan Ramadhan
Allah SWT telah memberi kita peluang beramal di Bulan Ramadhan dengan tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Namun sering kali ada di kalangan kita (termasuk saya) gagal memahami keutamaan antara amalan sunat dan wajib.
Kita ambil contoh Solat Terawih. Ramai yang lebih mengutamakan Solat Terawih berbanding solat fardu. Ada di kalangan ibubapa yang marah sangat bila anak tak pergi solat terawih kat surau atau masjid. Tapi jarang sangat pulak marah anak kalau tak g solat Isyak berjemaah. Padahal mana satu lebih dituntut untuk dibuat secara berjamaah? Dikatakan Nabi SAW sendiri hampir-hampir ingin membakar rumah sahabat yang solat fardu di rumah saja. Baginda juga pernah meninggalkan solat terawih di masjid hanya untuk mengelakkan para sahabat mengatakan solat terawih itu wajib.
Ambillah peluang di Bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Tetapi amalan wajib jangan diremehkan. Fahami keutamaan.. Niatkan bila kita ke masjid untuk Solat Isyak. Jangan Solat Isyak di rumah saja. Kemudian ke masjid untuk terawih..
Sekadar satu renungan.
|