View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 09-16-2006, 03:47 PM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Badruzamani Bin Azmi Badruzamani Bin Azmi is offline
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default Betulkah Rakyat Malaysia Kurang Minat Membaca?

Semalam saya dengar dalam berita, Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa rakyat Malaysia masih kurang membaca. Betul ka? Adakah statistik di ambil dari jumlah buku yang terjual di pasaran berbanding jumlah buku yang terhasil?

Adakah jumlah buku digital (ebook) yang terjual juga di ambil kira? Terutama ebuku yang yang di beri PERCUMA.

Pada saya, sudah banyak rumah yang sudah mempunyai komputer dan mempunyai akses ke internet. Sekarang orang ramai dah boleh melayari internet untuk membaca surat khabar digital untuk mengetahui berita semasa, membeli ebuku yang boleh di bawa ke mana-mana dalam pendrive dan sebagainya.

Dengan perkembangan era teknologi sekarang ni, budak - budak kecil pun yang berumur 9 tahun pun tahu nak membida di laman eBay, tahu buat program video sendiri. Bukan setakat buat laman web peribadi sahaja.

Sekarang maklumat berada di hujung jari anda sahaja. Nak tahu apa? Macam - macam boleh dapat dengan internet ni. Sebagai contoh, laman forum WangCyber. Ramai yang datang setiap hari untuk membaca ilmu di sini.

Pada saya, rakyat Malaysia sememangnya terdedah dengan perlbagai ilmu dan maklumat. Setiap hari menonton TV pun, kadang-kadang kena membaca juga.

Tetapi, maklumat tidak semesti dapat dengan membaca sahaja. Banyak kaedah lain untuk menimba ilmu. Seperti melalui pendengaran, penghayatan dan sebagainya. Juga tidak semestinya hanya membaca buku dan surat khabar sahaja yang di ambil kira dan dijadikan statistik dan rujukan untuk mengatakan rakyat Malaysia kurang membaca.

p/s - Hanya satu pandangan dan pendapat peribadi saya sahaja. Pendapat anda sekalian macam mana?


Reply With Quote