Pada pendapat peribadi saya, saya paling tak suka dalam internet ni, bila saya search kat google / yahoo tentang sesuatu keyword, bila masuk laman tu ia bincang perkara lain yang lain dari apa yang kita cari.
Bayangkan dalam google, selalu laman teratas sekali ialah laman yang terbaru di update yang mempunyai keyword yang kita cari tu kan? Tiba-tiba bila kita open laman tu, benda lain yang dapat. Bukannya apa kita nak. Walaupun tak ramai yang buat, mungkin hanya 'seekor kerbau yang membawa lumpur' sahaja, tetapi sedikit sebanyak ia 'menyusahkan' saya dan buang masa saya.
Begitu juga dalam laman eBay, produk lain tapi kategori lain. Lepas tu kalau di buat servey, hampir semua kategori 'kerbau' ni letak produk dia. Contoh produk makanan, dia dia letak kat kategori baju, automotive dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan produk. Rasa 'sakit mata' sahaja memandang, akhirnya langsung tak minat nak beli. (Nak kata *****, tapi boleh log in ke laman eBay

)
Niche sebenarnya bagus tetapi perlu memilih niche yang sesuai mengikut kesesuaian produk kita. Bersaing itu baik tapi jangan 'berebut'. Akhirnya pelawat dah malas nak masuk laman kita. Ada banyak cara lagi nak tarik pelawat. Bukan semata-mata kerana niche yang sesuai.
p/s : Saya rasa dalam forum ni, banyak ruang kita boleh tulis. Pihak moderator pun tak limitkan berapa banyak perkataan yang boleh di tulis. Tetapi saya tak kisah kalau saudara/i nak tulis shorthand macam tulis SMS. Tapi, kalau boleh jangan la bagi salam pun takat 'akum' sahaja. Bagi salam ni sunat, jawab salam wajib (walaupun tak tulis kat forum). Tapi, kalau dah bagi salam takat 'akum' aja, saya nak jawab nak macam mana? Jawab,dengan ringkasan juga, takut pula 'jatuh hukum hina agama Islam'. Jadi, tolong la lepas ni, kalau nak bagi salam tulis betul-betul. Benda lain saya boleh tolak ansur tapi bab tu saya tegas sikit. Takut jadi trend nanti akan menjadi 'barah' dalam masyarakat Melayu sekarang.