Thread: Introducer
View Single Post
  #5 (permalink)  
Old 07-25-2008, 11:53 PM
zinedine zinedine is offline
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,010
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by RajaKamil View Post
just nak share pengalaman, saya pernah buka current akaun dgn cimb hanya guna mesin atm.
Tapi tak pasti lah sekarang ni ada lagi ke tak. Sebab saya buat awal januari tahun ni.
Cuma masalahnya, ialah ia bukan islamic, dan saya rasa itu untuk personal
Aku pun nak kongsi pengalaman jugak masa memula BARU NAK MOHON current acc CIMB Islamic.

Memandangkan CIMB Islamic skrg tgh promosi deposit RM50.00 dari 31 Mei 2008-31 Disember 2008, aku ingat nak bukak la sempena promosi ni. Promosi deposit RM50.00 ni hanya utk pembukaan akaun semasa CIMB Islamic Al-Wadiah Acc atau Mudharabah Acc personal/individu sahaja.

Semua syarat yg ditetapkan dah ada: Umur 18 tahun ke atas, Salinan IC, duit RM50.00 dan introducer pun dah ada. Dah sain dah kat borang tu. Aku hantar le ke sebuah cawangan CIMB Islamic yg terletak dlm kawasan ahli parlimen Dato' Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri ni.

Sebelum dia buat apa2 kat borang aku tu, dia temuduga aku:
- Kerja apa?
- Kerja mana?
- Gaji sebulan berapa?
- Sebab nak bukak current account?
- Untuk apa bukak current account?

Dia kata, aku tak layak bukak current account personal sebab gaji aku tak lebih RM2 ribu. Nak bukak current account personal, gaji mesti lebih RM2 ribu sebulan. Kalau gaji tak lebih RM2 ribu, tak boleh bukak current account personal. Lepas tu dia nak slip gaji 3 bulan terkini, nak salinan borang cukai LHDN borang E & J, nak surat2 & dokumen sokongan yg lain. Nasib baik dia tak mintak salinan slip KWSP.

Akhirnya, aku tak jadi nak mohon current acc CIMB Islamic sebab syarat permohonannya yg terlalu ketat macam permohonan nak buat loan bank.


Reply With Quote